Agong
“Saya sokong dengan penubuhan kerajaan perpaduan ini dan calon yang ada kriteria ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Semua pihak suka kepadanya. Parti politik suka, masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum pun suka.
“Sebelum bencana dan musibah bertambah teruk hingga mengganggu gugat masa depan generasi akan datang, adalah sebaiknya perkara ini dibendung merujuk kepada Perlembagaan.”
“Tempoh masa dua tahun boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah negara termasuk isu Covid-19, agenda ekonomi dan sebagainya,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.
"Perlembagaan Negara memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil kuasa yang diberi kapada rakyat dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengikut Artikel 150, Emergency Ordinance. Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang tokoh berpengalaman,