Berita PUTRA

Ibrahim: Agong disaran isytihar darurat bertempoh selesai kemelut politik

PRESIDEN Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat bertempoh bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Beliau mencadangkan supaya darurat bertempoh itu dilaksanakan sehingga akhir penggal pilihan raya dan menggantung peranan Parlimen buat sementara waktu.

Dalam tempoh itu katanya, Agong boleh melantik jawatankuasa Mageran untuk menjalankan urus tadbir negara.

“Agong isytihar darurat bertempoh sehingga bulan Mei 2023. Keadaan politik tak stabil sebab sokongan tak kukuh bagi kedua-dua pihak.

“Agong mempunyai kuasa untuk melantik jawatakuasa Mageran seperti mana 13 Mei 1969.

“Tempoh masa dua tahun boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah negara termasuk isu Covid-19, agenda ekonomi dan sebagainya,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Selasa lalu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sokongan kukuh diterimanya.

Dalam sidang medianya, Anwar mendakwa mendapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang Ketua Pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemuakakan senarai nama ahli Parlimen.

Sebelah malam, Umno pula membuat keputusan untuk mengkaji semula sokongan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Presiden Perkasa itu berkata Perdana Menteri akan tewas dalam pembentangan belanjawan jika Anwar memiliki majoriti.

Katanya, sidang Parlimen khas sebelum pembentangan belanjawan 2021 penting bagi membuktikan jumlah sokongan diterimanya.

“Yang terbaik adakan sidang Parlimen khas, buktikan majoriti yang dimiliki, jangan main politik rakyat merana.

“Rakyat nak tahu, saya percaya kalau Anwar betul ada sokongan, pada pembentangan belanjawan nanti.

“Belanjawan Muhyiddin tidak akan lulus dan dia kalah,” katanya lagi.

Sumber: http://malaysiapost.com.my/2020/10/15/ibrahim-agong-disaran-isytihar-darurat-bertempoh-selesai-kemelut-politik/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.