Berita PUTRA

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 & 𝗕𝗨𝗠𝗜𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 #𝗕𝗠𝗙 (𝗕𝘂𝘆 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆 𝗙𝗶𝗿𝘀𝘁) : 𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

1. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA melancarkan SERUAN kempen membeli di kedai Melayu kepada seluruh ahli Putra dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kaum melayu agar membelanjakan wang mereka di pasar, kedai-kedai milim usahawan melayu dan membeli produk halal serta benar-benar bersih.

2. Pendekatan ini wajar kerana melihat ekonomi bumiputera ketika ini amatlah kritikal dan lemah berbanding kaum minoriti lain terutama mereka berbangsa cina dan India yang semakin maju dan berjaya kehadapan.

3. Apa yang ditekankan adalah orang Melayu wajib menunjukkan solidariti mereka kepada bangsa mereka sendiri dan memastikan ekonomi bumiputera kukuh dan tidak dialirkan kepada perniagaan orang bukan Melayu bagi memastikan ekonomi dikuasai oleh orang Melayu pada masa akan datang. WAJIB DI INGATKAN KEKUATAN EKONOMI MENGUASAI KUASA POLITIK. GOLONGAN MINORITI MULA MENGUASI POLITIK KERANA MEREKA MENGUASAI EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA.

4. PUTRA memberi mesej yang jelas kepada orang melayu agar mereka melihat bagaimana kaum India sewaktu ketika dahulu ekonomi mereka kebelakang berbanding kaum yang lain. Setelah mantan Menteri JKR, pemimpin MIC Dato’ Seri Samy Velu melancarkan kempen khas (BIF) Buy India First awal 1980an kepada kaum berbangsa India membelanjakan wang mereka walaupun 1 sen kepada usahawan ataupun produk mereka dan keputusan merubah nasib kaum India dengan melahirkan usahawan dan peniaga dari kaum India bagi meningkatkan sumber pendapatan serta memajukan bangsa mereka sendiri. Akhirnya kini kita dapat lihat kempen khas yang dilaksanakan hampir 40 tahun memberi kejutan kepada negara dengan adanya ramai jutawan termasuk antara 10 ranking teratas jutawan di dalam negara.

5. PUTRA juga menekankan kepada usahawan bumiputera supaya mengeluarkan produk yang berkaitan keperluan orang Islam, baik dari segi makanan, pakaian dan keperluan agama islam .Kita jangan benarkan keperluan bangsa kita dari kelahiran, perkahwinan sehingga pengurusan kematian disediakan oleh bangsa lain dan bergantung kepada usahawan bukan bumiputer.

6. PUTRA tegas di dalam kempen (BMF) Buy Malay First, membeli dan guna barangan Melayu ini kerana dengan jumlah majoriti bangsa melayu di dalam negara 10-20 tahun akan datang orang melayu akan kuasai ekonomi negara.

7. Kita jangan beri peluang bangsa lain menggunakan logo atau tulisan jawi untuk memanipulasikan jualan mereka. Kementerian KPDHEP dan JAKIM perlu cakna akan hal ini bagi memastikan barangan yang bersih dan halal digunakan oleh orang Islam. Jihad dan solidariti pada belian barangan bumiputera Islam perlu kuat jangan sekadar kampen, perlaksanaan dan kejayaan perlu ditonjolkan.

8. Bangsa Cina telah lama melancarkan kempen Buy Cina First (BCF) sejak dahulu lagi dengan slogan “kalau orang Cina tidak menolong orang cina kita akan kehilangan kedudukan kita”. Melahirkan beribu usahawan dan produk mereka. Kesedaran bumiputera kepada hal sebegini perlu diutamakan, belilah di kedai Melayu elakkan perasaan hasad dan dengki demi kejayaan ekonomi bangsa sendiri.

9. Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga, sejak era 50an banyak syarikat-syarikat Melayu berjaya menembusi pasaran antarabangsa sebagai contoh produk gula-gula hacks asalnya syarikat Melayu menjadi ejen tunggal di Malaysia dan Singapura produk dari England, dan telah berjaya membangun kilang untuk memastikan pasaran di Asia tenggara dimonopoli , juga minuman berjenama Sunquick dari syarikat orang Melayu yang sama pada masa itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa melibatkan eksport ke-80 negara seluruh dunia. Ini menandakan bahawa kita bangsa Melayu pernah bersatu juga mempunyai keupayaan sekiranya kita betul-betul mengambil peluang terutamanya di dalam negara sendiri sekaligus mengenepikan dakwaan yang bangsa Melayu tidak boleh berjaya di tanah airnya.

10. Kita juga telah ke hadapan di dalam bidang oil & gas, satu-satunya syarikat petroleum Petronas milik negara dan juga sektor automobil mengeluarkan produk kereta Proton yang telah gah di serata dunia juga adalah dari keinginan orang Melayu yang ingin ke hadapan mengenepikan dakwaan yang bangsa kita tidak boleh berdiri di kaki sendiri.

11. Kesedaran (BMF) Buy Malay First membeli di kedai orang melayu memberi peluang kepada orang melayu berjaya di negara mereka sendiri. Dengan terlaksananya kempen membeli (BMF) barangan atau produk usahawan bumiputera sekaligus memberi kejayaan kepada penguasan ekonomi bumiputera.

TIDAK ADA MAKNA RIUH RENDAH BOIKOT SANA SINI, TAPI MELAYU TERUS MISKIN DAN MAJORITI KEKAL DALAM KATEGORI B40, DAN REALITINYA MASIH RAMAI KEKAL MISKIN TEGAR.

Melayu mengemis di bumi sendiri dan cuba bayangkan 15-20 tahun akan datang apa akan jadi pada orang melayu bilamana bumi yang dimiliki dirampas orang seperti melayu singapura atau orang Palestin.

12. Setelah sekian lama orang Melayu bersusah payah mencari kemerdekaan dari British sehingga kini ekonomi negara dikuasai bangsa lain, marilah kita menyematkan solidariti kepada bangsa kesayangan kita, sama-sama bersatu membeli di kedai orang Melayu (BMF) Buy Malay First agar generasi muda akan datang dapat menikmati kejayaan dari kampen kesedaran ini.

ORANG MELAYU WAJIB SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN DAN NOKTAHKAN MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.

PUTRA PERKASA NEGARA

BERSIH DAN BERMORAL

Oleh: Mohamed Shahrin Ismail

Ahli Dewan Tertinggi (PUTRA) merangkap Ketua Penyelaras BMF PUTRA.

26hb Mac 2024

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.