Berita PUTRA

Putra buat laporan polis terhadap Farhash minta siasat pembelian saham terbesar HeiTech

CYBERJAYA – Satu laporan polis telah dibuat oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) ke atas Farhash Wafa Salvador yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim berhubung pembelian saham HeiTech Padu.

Laporan dibuat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra, Mohamad Shahrin Ismail dan beberapa pemimpin parti itu di Balai Polis Cyberjaya di sini, pada jam 4.30 petang ini.

Menurut Mohamad Shahrin, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat Farhash Wafa berhubung pembelian saham melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners Sdn. Bhd. berjumlah 16.1 juta unit dengan anggaran nilaian kira-kira RM40 juta.

Katanya, HeiTech Padu ialah syarikat yang telah disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion bagi menaiktaraf sistem di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam laporan media semalam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dilaporkan berkata, dakwaan Farhash kononnya Sultan Kelantan turut terlibat dalam syarikat itu amat diragui dan perlukan pengesahan.

“Keresahan rakyat mengenai hal ini perlu dijelaskan sama ada projek itu menggunakan dana kerajaan atau awam adalah suatu peruntukan yang amat besar.

“Lagipun dengan status dirinya sebagai individu berprofil tinggi mengundang kekuatiran berpotensi pelanggaran undang-undang serta pengaruh tidak wajar seperti yang dinyatakan di media.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kami mendesak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyiasat pembelian itu demi integriti dan tatakelola yang sering dilaungkan pimpinan Kerajaan Madani,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Turut bersama, pimpinan Putra Bahagian Sepang iaitu Ketua Wiranita, Ruzaimah Jamaluddin; Ketua Wirawati, Siti Nasirah Musa, beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian, Abdul Qayyum Mohd Shaari, Mohd Hafizul Mohd Jahis, Mohd Azuan Mohd Sita dan Danial Roslan.

Beliau yang juga Ketua Putra Bahagian Sepang berkata, jika isu itu didiamkan, dikhuatiri memberi kesan negatif kepada tanggapan masyarakat terutama dari segi perundangan dan pentadbiran kerajaan masa ini.

Kata Mohamad Shahrin, rakyat tidak mahu lagi melihat ketirisan dan salah guna kuasa oleh sesiapa sahaja tambahan lagi melibatkan dana kerajaan dan awam.

“Kita harus melihat ke hadapan dan perlu segan dengan negara jiran seperti Indonesia yang kini mendahului dari segi ekonomi dan dua tahun berturut-turut menduduki tempat pertama di Asia Tenggara.

“Menteri Kewangan Indonesia mendapat pujian dunia dan diiktiraf antara terbaik dengan melaksanakan tatakelola yang betul.

“Selain Indonesia, negara jiran Singapura, Filipina dan Vietnam juga jauh lebih maju ekonominya berbanding Malaysia yang gagal mengurus kewangan dengan betul,” katanya. – NasionalDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.