Berita PUTRA

Cara tangani ringgit jatuh – Putra

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengeluarkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli mata wang bukan langkah bijak, kata Presiden parti Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Beliau sebaliknya berkata, kerajaan perlu menggunakan kaedah sebagaimana dilakukan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengikat ringgit kepada RM3.80 untuk mengelak dari terikat kepada apa-apa saranan IMF yang menyebabkan ringgit terus jatuh.

“Apa yang kita lihat lebih kepada serangan kepada ringgit itu sendiri apabila pengurusan tidak betul, ditambah lagi nasihat dari suara luar yang kita sendiri tidak pasti adakah mereka benar-benar hendak membantu negara mengakibatkan kejatuhan lebih teruk lagi.

“Apa perlu dilakukan, kerajaan kena pastikan ringgit bernilai kembali dengan memberi suntikan dana membantu GLC dan usahawan serta meningkatkan produktiviti negara dari segi eksport.

“Ini untuk memastikan ringgit lebih bernilai melalui permintaan negara luar kepada apa yang negara hasilkan, bukan bergantung kepada import yang terus menerus menjadikan kita sebagai negara pengguna dan akhirnya ringgit gagal dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra (ADT) kali ke-9 di pejabat Putra di sini, semalam.

Menurut Dr. Ibrahim, apa yang ditekankan dalam Mesyuarat ADT adalah mengenai nilai ringgit semakin tidak stabil dan pendekatan kerajaan Madani yang tidak mampu menanganinya.

Kata beliau, Putra melihat potensi ringgit untuk terus jatuh semakin besar apabila OPR dan inflasi semakin besar.

“Apa kerajaan Madani laku sekarang ini lebih memberi tekanan kepada rakyat, banyak subsidi dimansuhkan, tidak mengekalkan keistimewaan yang rakyat terima sebelum ini, malah dikurangkan, penambahan takrifan dan cukai tidak masuk akal memberi kesan besar kepada rakyat, bukan membantu pertumbuhan ekonomi serta nilai ringgit itu sendiri.

“Adanya nasihat dari luar yang kita yakin ini adalah serangan kepada kejatuhan ringgit memberi kesan kuat kepada apa berlaku sekarang. Malaysia perlu lihat bagaimana negara jiran yang juga sama menerima impak krisis ekonomi global, tetapi berjaya melonjakkan negara mereka ke hadapan berbanding kita makin ke belakang.

“Putra juga kesal dengan cara kerajaan menangani isu sensitiviti agama melibatkan Palestin mengenai pemboikotan barangan Israel serta pembelian barangan Muslim (BMF),” katanya.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia menggunakan kuasa majoriti menentukan keperluan serta kehendak mereka bagi mencapai matlamat dan objektif sebenar.

Katanya, kenapa kerajaan tidak mahu faham nilai ringgit adalah bergantung kepada industri yang membuat barangan untuk eksport dan jika barangan dihasilkan itu bernilai tinggi serta ada pasaran luas, yang membelinya akan menggunakan ringgit dan mencarinya untuk membeli, sekali gus ringgit akan menjadi pilihan.

Bagaimanapun, jika industri pembuatan barangan eksport yang beroperasi dalam negara dilihat lembab, tidak bermutu, malah permintaan luar negara pula lemah, ini tidak lain berpunca dari kelemahan Perdana Menteri.

Mengenai spekulasi mata wang adalah satu cara perjudian, Dr. Ibrahim menyatakan, ada kena dan ada tidak.

Tetapi, ujarnya, tumpu kepada mendorong industri pembuatan dan perkhidmatan supaya cergas dan maju akan menghasilkan ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau menambah, isu nilai ringgit perlu dipisah dari komen sepintas lalu di media sosial untuk melepas geram terhadap orang politik dalam kerajaan.

Walaupun banyak perkara dasar mengenai pengurusan mata wang mempengaruhi nilai ringgit, namun satu bidang perlu diberi perhatian dan boleh diurus secara dapat dilihat ialah sektor pengeluaran perindustrian dan eksport.

“Sektor yang kukuh ini sememangnya boleh memberi kesan kestabilan ke atas mata wang negara. Ini bergantung kepada pelbagai faktor.

“Jika Malaysia secara lazim mengeksport lebih banyak barangan dan perkhidmatan daripada mengimport, itu akan menghasilkan imbangan perdagangan positif.

“Apatah lagi jika Malaysia mengekspot barangan dan perkhidmatan bermutu, bernilai tinggi dan permintaan yang luas. Ini bererti permintaan terhadap mata wang ringgit akan lebih dan secara prinsipnya boleh mengukuhkan nilainya,” kata beliau.

Dr. Ibrahim yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan, Malaysia yang mempunyai sektor pengeluaran perindustrian dan eksport kukuh boleh mengumpul rizab pertukaran asing daripada lebihan dagangan.

Rizab itu, kata beliau, jika perlu boleh digunakan untuk campur tangan dalam pasaran mata wang bagi menstabilkan nilai mata wang jika menjadi terlalu tidak menentu.

“Juga sektor pengeluaran perindustrian dan eksport yang teguh boleh meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi negara keseluruhan, manakala pelabur dan peniaga dalam Malaysia yang ekonominya stabil boleh menarik pelaburan serta secara langsung menyokong mata wang.

“Begitu juga eksport yang pelbagai boleh mengurangkan kesan turun naik permintaan untuk produk tertentu atau dalam pasaran tertentu. Kepelbagaian ini boleh menyumbang kepada aliran hasil yang lebih stabil dan akibatnya, mata wang yang lebih stabil.

“Sektor pengeluaran perindustrian yang kukuh selalunya ada daya saing dalam pasaran antarabangsa. Daya saing ini boleh membantu mengekalkan volume eksport dan menstabilkan mata wang,” katanya.

Beliau berharap, orang politik negara ini pandai mencari masa untuk memberi perhatian kepada aspek yang dinyatakan itu supaya boleh dilihat dan didorong dari aspek lain yang mempengaruhi nilai mata wang negara.

Justeru, kata beliau, perkara polisi kewangan, dasar fiscal dan urusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai ringgit perlu diserahkan kepada yang profesional, dengan orang politik hanya memantau atau wujudkan polisi. 

Katanya, ini saja cara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. – NasionalDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.