Berita PUTRA

Dua pilihan, kerajaan perpaduan atau darurat bertempoh – Tok Him

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengemukakan dua cadangan untuk menyelesaikan kemelut politik yang tidak berkesudahan antara parti pemerintah dengan pembangkang.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, dua pilihan itu ialah Yang di-Pertuan Agong atas inisiatif baginda menubuhkan kerajaan perpaduan atau mengisytiharkan darurat bertempoh.

Katanya, bagi penubuhan kerajaan perpaduan, sudah tentu memerlukan calon perdana menteri yang tidak kontroversi, berintegriti, berilmu, berpengalaman dan disukai rakyat pelbagai lapisan dan kaum.

“Saya sokong dengan penubuhan kerajaan perpaduan ini dan calon yang ada kriteria ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Semua pihak suka kepadanya. Parti politik suka, masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum pun suka.

“Berikan dia tempoh dua atau dua setengah tahun sehingga habis tempoh penggal PRU-14 untuk dia menjadi Perdana Menteri kerajaan perpaduan dan sepanjang edah itu dia akan bekerja untuk memulihkan negara dari wabak Covid-19 dan ekonomi yang merudum,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Ibrahim, bagi pilihan kedua pula, ialah darurat bertempoh.

Katanya, rakyat mohon ampun perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan negara ini darurat bertempoh iaitu sehingga cukup tempoh PRU-15 pada Mei 2023.

“Untuk diisyihatrkan darurat bertempoh ini, ada dua elemen penting, satu, keadaan politik tidak stabil, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan sudah hilang sokongan. Malah, ada kata mendapat sokongan lebih.

“Tetapi, melihat kepada Ahli-ahli Parlimen yang ada, lebih kepada hendak menjaga periuk nasi masing-masing. Jadi, tidak ada kesudahan jika dibiarkan dengan keadaan sekarang.

“Kalau darurat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik Pengarah Mageran untuk mentadbir negara selama dua tahun lebih ini dan dalam tempoh itu boleh gunakan sepenuhnya untuk selesaikan masalah negara,” ujarnya.

Dr. Ibrahim berkata, jika ditanya kepadanya mengenai keadaan politik hari ini, beliau sifatkannya sebagai semakin kusut dan bercelaru, selain teramat kecoh sehingga memeningkan rakyat.

Katanya, ada juga rakan dalam politik minta pencerahan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa lalu.

“Saya hanya nak fokus pada persoalan, apakah benar Anwar mempunya angka yang cukup iaitu majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai perdana Menteri?

“Selepas majlis mengadap ada kenyataan dari Isana Negara mengatakan Anwar tidak kemukakan apa-apa dokumen, manakala Anwar pula mengadakan sidang media selepas itu, mengulangi mempunyai lebih 120 Ahli Parlimen menyokongnya dan mengisytiharkan Muhyiddin jatuh.

“Kenyataan media dari Istana Negara dan Anwar ini bercanggah, sehingga menjadi perdebatan hangat dan rakyat bertambah pening serta celaru,” katanya.

Kata beliau, jika Presiden PKR itu tidak yakin, apakah beliau berani untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan mempunyai nombor majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya?

“Kalau Anwar hanya mereka-reka cerita ketika mengadap Yang di-Pertua Agong, memaklumkan ada sokongan meyakinkan dan mengisytiharkan kerajaan Perikatan nasional (PN) jatuh, ini suatu yang serius.

“Apakah dia berani buat kenyataan demikian di depan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong? Dan selepas mengadap boleh manipulasi kenyataan sebagaimana dibangkitkan oleh pelbagai pihak yang mengecamnya?

“Bagi saya, kalau tidak benar tentu pihak istana akan mengambil tindakan terhadapnya, kerana implikasi itu akan bawa kesan besar kepada negara dan institusi raja. Kita tidak boleh menokok tambah apa saja hasil perjumpaan dengan Agong,” ujarnya.

Menurut Dr. Ibrahim, jika cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan dan darurat bertempoh tidak relevan, beliau memberi pandangan, untuk menyelesaikan kemelut itu ialah dengan membawa usul undi tidak percaya atau usul undi percaya kepada Muhyiddin di Parlimen.

Tegasnya, beliau saya dari awal lagi membuat kenyataan sebelum ini iaitu cara terbaik ialah segerakan sidang Parlimen Khas dan bawa berkenaan untuk dibuktikan secara terbuka dalam Parlimen.

Namun, beliau terkejut, apa Ku Li pada Rabu mendedahkan surat beliau kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai hasrat usul undi tidak percaya ditolak dengan alasan sesi sidang sudah tamat.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.