Wirawati PUTRA Saran Permudahkan Urusan Pendidikan PdPR
Permudahkan urusan pendidikan PdPR (belajar dari rumah) melalui saluran sistem televisyen sedia ada,elak beban rakyat terutama ibu bapa dan rakyat di pedalaman terbeban dengan kos persediaan kelas online.
Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia berasa sedih dengan rungutan dan luahan ibu bapa di Malaysia terutama mereka yang memiliki anak ramai bersekolah secara serentak mahupun golongan B40 yg kesusahan dan M40 yang bekerja keras mencari rezeki demi menampung keperluan sekolah anak anak.
- Sejak PKP dilaksanakan akibat kes covid 19 yang tinggi setahun lalu ramai ibu bapa yang kehilangan pekerjaan,terbeban dengan tanggungan hutang mahupun mendapat gaji jauh lebih rendah dari sebelum nya.Pembelajaran atas talian yang terpaksa dilakukan demi memenuhi kehendak capaian silibus subjek persekolahan sebenarnya amat membebankan ibu bapa yang tergolong seperti disebut diatas.
- Ibu bapa terpaksa membeli telefon pintar atau komputer riba dan data internet untuk setiap anak yang bersekolah kerana amat sukar bagi mereka berkongsi peralatan itu jika kelas PdPR dilakukan secara live stream.
Pembelajaran kelas online tidak begitu mesra rakyat jika ramai ibu bapa berasa terbeban untuk menyediakan data internet & pelbagai kemudahan streaming walaupun kerajaan Malaysia mengumumkan PENJANA untuk bantuan data internet.
- Inilah masanya stesen tv Nasional,swasta serta satelit menyalurkan kebajikan korporat atas rasa tanggungjawab untuk mengadakan beberapa saluran khas TV pendidikan wajib khas utk subjek darjah 1 hingga ke tingkatan 6.
Tv Pendidikan secara integrasi yang merakam dan menyiarkan subjek dalam bentuk rakaman mampu diulang oleh pelajar dan menjimatkan masa ibu bapa terutama yang berhempas pulas mencari rezeki.
- Data internet,keperluan membeli telefon bimbit baru boleh dikurangkan dan ibubapa lebih mudah menyusun jadual anak anak bagi sesi PdPR.
- Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan Jawatankuasa pendidikan saluran Tv pendidikan untuk mengolah sistem PdPR yang lebih efisen, jimat serta tidak membebankan ibu bapa terutama yg keduanya bekerja dan tidak mempunyai lebihan telefon bimbit mahupun komputer riba.
- Kementerian Pendidikan perlu bersikap lebih empati dalam menyusun atur PdPR yg lebih mesra ibu bapa dan anak anak secara rakaman dan siaran berulang supaya hanya 1 tv diperlukan untuk mereka yang memiliki anak anak yang bersekolah untuk bergilir gilir mengikut subjek wajib setiap hari.
- Inilah masanya saluran satelit mahupun swasta memberi khidmat bakti kepada negara dengan membantu rangkaian TV Nasional untuk menyalurkan kelas online darjah 1 hingga tingkatan 6 kepada semua pelajar di Malaysia.
- Capaian internet yang lemah di pedalaman Sabah dan Sarawak khusunya dapat menarik nafas lega jika sistem pembelajaran secara online boleh dimanfaatkan secara terus dari kaca televisyen sedia ada demi mempermudahkan urusan anak anak Malaysia menuntut ilmu ketika Covid 19 serta meringankan kos kewangan ibu bapa yang sedia terbeban.
- Kementerian Pendidikan perlu mengambil keperluan Covid 19 mungkin akan berlarutan dan menimbang kos pendidikan anak anak bersama tambahan pembelajaran secara online yang rata rata masih belum boleh diaplikasi kepada semua rakyat di Malaysia terutama yang tidak berkemampuan mahupun ketinggalan dalam kemahiran teknologi. Jangan biarkan anak anak keciciran ilmu pendidikan. Maksimumkan segala pendekatan yang wajar.
Wirawati PUTRA peduli.
Oleh :DrAsma Razalli
Ketua Wirawati PUTRA Malaysia