Berita PUTRA

Wirawati Putra kecewa Menteri KBS tuding jari akibat prestasi atlet Sukan SEA Kemboja tidak cemerlang

1. Wirawati PUTRA setuju dengan kenyataan YB Menteri Belia Sukan kerana politik, sukan merana. Oleh kerana kualiti pemimpin macam YB inilah yang segala perkara dijadikan isu politik akhirnya pasukan atlet negara yang tidak pasal-pasal dijadikan ‘punching bag’ dengan dikaitkan dengan ketidakstabilan politik negara.

2. Wirawati PUTRA kesal dengan sikap Menteri Belia dan Sukan yang sepatutnya berjiwa besar dan menjadi cerminan kepimpinan wanita muda yang luar biasa. Cukup-cukuplah, jangan main wayang serta berdrama politik. Jangan suka menuding jari, lebih elok mengaku kelemahan dan beri jaminan perancangan hala tuju untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian pada masa depan. Tanggungjawab mengharumkan nama negara di dalam arena sukan sudah terletak di bahu anda.

3. Menteri tak perlu melalut sampai nak kaitkan masalah kestabilan politik apabila diri sendiri tak berjaya nak tunjuk pencapaian dan prestasi yang baik dalam mengurus sukan negara.

4. Sekarang kuasa di tangan, tetapi kerajaan Madani sendiri yang ganggu-gugat serta mencabar kestabilan politik dengan wujudkan banyak kontroversi di antara kerajaan dan kepentingan rakyat terbanyak iaitu orang Melayu dan Islam, kegagalan janji-janji memulihkan ekonomi serta barang keperluan harian yang masih lagi tidak selesai dalam tempoh yang dimaklumkan. Ini juga boleh dipersalahkan kerana menyebabkan persediaan atlet negara untuk acara sukan hilang fokus jika hal ini nak dipolitikkan.

5. Mengapa perubahan dan langkah susulan yang YB dakwa pernah sarankan sejak Sukan Sea Filipina dahulu tidak disegerakan pelaksanaannya tetapi apabila prestasi urus tadbirnya gagal terus menuding jari kepada orang lain. Jika Menteri dan Timbalan Menteri benar-benar fokus dan segera wujudkan road map sebelum ini, berkemungkinan prestasi atlet negara akan lebih cemerlang.

6. Semua rakyat tahu para atlet negara di Sukan SEA Kemboja sudah pun berlatih serta berusaha sehabis baik bagi acara masing-masing. Wirawati PUTRA mengucapkan tahniah kepada semua atlet negara yang telah bertungkus-lumus mengharumkan nama negara dan selamat maju jaya di acara sukan antarabangsa seterusnya.

Nurhafizah Jamalludin
Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.