Berita PUTRA

Wira Putra serah memorandum bantahan di Ibu Pejabat SPRM

PERGERAKAN Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Wakil pergerakan itu tiba kira-kira pada pukul 2.15 petang tadi bagi menyatakan bantahan terhadap penggunaan portal kerajaan dalam Bahasa Mandarin kepada Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam baki.

Bantahan tersebut dinyatakan supaya SPRM menyahaktifkan serta merta portal Bahasa Mandarin itu yang disifatkan sebagai tidak relevan.

Ini kerana, alasan yang dibangkitkan adalah Malaysia sudahpun 63 tahun mengecapi kemerdekaan, justeru tidak logik jika masih wujud rakyat yang tidak faham bahasa Kebangsaan.

“Kita menghantar satu memorandum bantahan berkenaan dengan portal SPRM yang dibuat dalam Bahasa Mandarin.

“Pada kita, tiada keperluan untuk SPRM membuat portal dalam Bahasa Mandarin apabila sudah 63 tahun kita merdeka, tak logik jika portal dalam bahasa lain diperlukan.”

Demikian kata ketua pergerakannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dalam sidang akhbar ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, jika SPRM berkeras tidak mahu menyahaktifkan portal tersebut, ia akan memberi impak keruntuhan jati diri kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Perkara ini dilihat meruntuhkan jati diri rakyat Malaysia yang seharusnya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi khususnya melibatkan agensi kerajaan.

“Portal dalam Bahasa Mandarin dilihat cuba untuk menjatuhkan martabat Bahasa Melayu yang seharusnya diangkat tinggi kerana merupakan bahasa Kebangsaan.

“Bak kata pepatah, ‘bahasa jiwa bangsa’ yang menjadi lambang identiti sesuatu bangsa dan negara khususnya rakyat Malaysia,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan turut menggesa kerajaan mengambil iktibar terhadap situasi sama berlaku terhadap ahli Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah.

Menurutnya, selama memerintah 22 bulan itu beberapa menteri dan pemimpin kerajaan dikecam kerana mengeluarkan kenyataan rasmi bukan dalam bahasa Kebangsaan.

“Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana sebelum ini, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, Menteri Kewangan waktu itu mengeluarkan kenyataan media dalam Bahasa Mandarin.

Sdr. Nasrul Ali Hasan, Ketua Wira PUTRA Malaysia dan Sdr. Mior Hilmi, Ketua Penerangan Wira PUTRA Malaysia diberi taklimat oleh Pegawai SPRM sebelum masuk menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM

“Bagaimanapun, kenyataan rasmi Menteri Kewangan itu dikecam kerana tidak menggunakan bahasa Kebangsaan.

“Sepatutnya hal ini menjadi pengajaran kepada mana-mana agensi kerajaan dan ia tak wajar berlaku lagi.

“Namun, apabila berlaku di SPRM, badan yang berintegriti tinggi, ini adalah satu perkara yang kita tak boleh terima.

“Jadi kita harap, (portal Bahasa Mandarin) dapat segera diturunkan dengan serta merta,” gesanya.

Walau bagaimanapun, Suara Merdeka baru-baru ini melaporkan SPRM menegaskan tidak menjadi kesalahan meletakkan Bahasa Mandarin sebagai pilihan.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, selagi pihak berkuasa kerajaan itu meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa lain sebagai piliha, ia tidak menjadi kesalahan.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/wira-putra-serah-memorandum-bantahan-di-ibu-pejabat-sprm/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.