Berita PUTRA

WIRA PUTRA MINTA POLIS SIASAT AZAM BAKI

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wira Putra Malaysia (Wira Putra) membuat laporan polis berhubung kes yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Laporan dibuat Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif di Balai Polis Dang Wangi, di sini, petang tadi.

Dalam laporan itu, Wira Putra minta polis menyiasat dakwaan Azam selaku penjawat awam telah membenarkan akaun peribadinya digunakan oleh adik beliau untuk membeli saham.

Katanya, timbul persoalan, kenapa adik Azam yang merupakan seorang usahawan tidak membeli saham atas akaunnya sendiri, sebaliknya menggunakan akaun abangnya.

“Orang awam mula meragui apabila Azam sendiri mempunyai akaun untuk membeli saham, adakah beliau telah membuat pengisytiharan terhadap pembelian itu sepanjang berkhidmat sebagai ketua SPRM

“Sedangkan, semua penjawat awam seperti terkandung dalam pekeliling, perlu kemaskini pengisytiharan segala aset dan harta setiap lima tahun sekali, dan mustahaknya perlu nyatakan dengan jelas sumber dana yang digunakan untuk memiliki harta ity,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Nasrul Ali Hasan, selepas ini Wira Putra akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mohon ampun perkenan baginda merehatkan Azam sementara waktu.

Kata beliau, dalam memorandum itu juga Wira Putra mohon baginda agar memperkenankan untuk membubarkan dua badan dalam SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Panel Perundingan serta Pencegahan Rasuah.

Jelas beliau, dua badan itu gagal berfungsi dengan baik dan mencadangkan ahli panelnya disusun semula dengan melantik mereka yang tegas dan telus seperti mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan.

“Kita sedar sejak Azam mengetuai SPRM, banyak kepincangan dan pertikaian berlaku seperti orang kena tuduh sebagai pelaku rasuah berjaya meloloskan diri dan wang rampasan jutaan ringgit hilang dari bilik simpanan bahan bukti.

“Dalam keadaan ini, Unit Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepatutnya perlu segera membuat siasatan bagi membersihkan nama baik kerajaan dan negara yang kini menjadi persepsi buruk di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa perlu ada pilih kasih dalam siasatan dan tindakan antara pegawai tinggi dengan penjawat awam biasa yang terlibat dengan tuduhan rasuah.

Tegasnya, kalau penjawat awam biasa bukan main disiasat punca duit beli aset, habis bawah kain semua diselak.

“Tetapi, takkan hal yang melibatkan individu berjawatan penting dalam negara Unit Integriti senyap. Ketua Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam perlulah bertindak seperti merehatkan sementara Azam daripada tugas hakiki.

“Sekiranya didapati bersih, tidak ada salah laku, Azam boleh kembali berkhidmat. Tetapi, jika ada salah laku, tindakan sewajarnya perlu dikenakan mengikut undang-undang,” katanya.

Mengenai kenyataan Azam dalam sidang medianya semalam, Nasrul Ali Hasan berkata, penjelasan itu tidak memuaskan.

Kata beliau, alasan adik menggunakan namanya untuk membeli saham sangat tidak kukuh jika dijelaskan begitu sahaja kerana beliau pada ketika itu juga sudah berpangkat tinggi dalam SPRM.

Bahkan, banyak peraturan dan undang-undang sebagai penjawat awam menjadi tanda tanya, adakah beliau benar-benar mengikuti setiap peraturan tersebut?

“Adalah tidak masuk akal dalam tempoh Azam sedang berkhidmat sebagai penjawat awam dengan pengetahuan dan pengalamannya, pasti tidak semudah itu melakukan kesilapan yang boleh mencemar nama baiknya dan menggugat integriti SPRM.

“Sebagai sebuah badan profesional yang sepatutnya paling berintegriti dan telus, Wira Putra mengisytihar hilang kepercayaan kepada SPRM selagi ianya tidak dibersihkan dan dipulihkan,” katanya.

Sumber : https://nrchanneltv.com.my/2022/01/06/wira-putra-minta-polis-siasat-azam-baki/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.