Berita PUTRA

Wira PUTRA Lapor Polis Terhadap Kenyataan Lim Guan Eng Yang Menghasut Membenci Kepimpinan Orang Melayu Dan Islam

Wira PUTRA kesal dengan kenyataan ahli Parlimen Kerajaan daripada DAP iaitu Lim Guan Eng yang telah di terjemah dari sebuah akhbar cina tempatan yang sengaja menakut-nakutkan serta cuba mengwujudkan persepsi buruk terhadap Islam dan kepimpinan orang Melayu.

Malam ini, Wira PUTRA bersama kepimpinan PUTRA negeri Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Saudara Fazreen, Naib Ketua Wira PUTRA Malaysia (dua dari kiri) bersama Tuan Arshad selepas membuat laporan polis di hadapan IPD Timur Laut

Wira PUTRA mengingatkan, selama tempoh lebih 66 tahun merdeka, negara ini dipimpin majoriti oleh pemimpin Melayu dan Beragama Islam termasuklah di negeri-negeri. Namun begitu, belum pernah ada mana-mana negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam yang menindas dan menzalimi orang bukan Islam termasuklah orang Cina.

Segala hasil dan mahsul di tanah air ini dikongsi dan diberi peluang kepada orang bukan Melayu untuk meraih pendapatan dan kekayaan. Begitu juga dari segi agama dan budaya bangsa mereka yang boleh diamalkan secara aman di negara ini.

Ini termasuk negeri Kelantan yang di pimpin oleh 100% pemimpin Melayu Islam yang seluruh dunia mengetahui terdapat patung Buddha yang tinggi dan panjang di Asia Tenggara. Malah penganut mereka bebas untuk datang ke negeri di bawah pimpinan parti PAS itu dan melakukan upacara keagamaan mereka.

Salinan laporan polis terhadap Lim Guan Eng

Wira PUTRA berharap PDRM mengambil langkah segera terhadap Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja yang melakukan penghinaan, hasutan seolah-olah menghina kepimpinan orang Melayu Islam sedangkan kerajaan mereka mengakui menjulang perpaduan tetapi cuba melahirkan kebencian di antara penganut agama dan kaum di Malaysia ini. Ia juga seperti mencabar DYMM YDP Agong selaku pemimpin utama orang Melayu dan rakyat Malaysia yang juga merupakan payung kepada agama Islam di negara ini.

Sekian.

Oleh: Muhammad Fazreen Johari
Naib Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.