Berita PUTRA

WIRA PUTRA KAJI KENYATAAN AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG PERTIKAI PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

16 November 2021 | 11 Rabiulakhir 1443H

Wira PUTRA terkejut mendengar perbahasan Ahli Parlimen Pasir Gudang di Sidang Parlimen baru-baru ini berkenaan cadangan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang diminta untuk dikaji semula.

Wira PUTRA melihat tindakan ini ibarat menghina hak keistimewaan orang Melayu dan Peribumi yang telahpun termaktub dan dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara sensitif yang tidak wajar disentuh dan dipertikaikan.

Wira PUTRA telah menyerahkan video rakaman ucapan perbahasan tersebut dan ulasan pandangan Wira PUTRA kepada peguam serta Biro Aduan Awam dan Undang-undang Wira PUTRA bagi meneliti, mengkaji dan memperhalusi daripada sudut undang-undang kerana Fasal 153 adalah perkara sensitif yang dilindungi Akta Hasutan.

Wira PUTRA juga akan membuat laporan polis berhubung isu ini. Tindakan Ahli Parlimen Pasir Gudang ini tidak boleh dibiar begitu sahaja, selain daripada kesannya akan mencacatkan jati diri anak bangsa Melayu dan Bumiputera, ia juga akan mengganggu gugat keharmonian negara.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.