Berita PUTRA

WIRA PUTRA DESAK SPEAKER DEWAN RAKYAT LETAK JAWATAN

Dilihat tidak prihatin nasib rakyat apabila enggan benar bahas bencana banjir atas alasan ia tidak terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

23 Disember 2021 | 18 Jamadilawwal 1443H

Bencana banjir adalah isu gempar yang perlu dibincangkan segera. Tindakan Speaker Dewan Rakyat melengahkannya untuk dibahas memperlihat beliau seperti tidak prihatin dengan isu derita dan kesengsaraan rakyat.

Wira PUTRA sedih melihat pelbagai siaran dan komen di media sosial serta akhbar tentang rakyat yang terkesan akibat banjir besar kali ini.

Semua mengharapkan bukan sekadar tindakan pantas, tetapi apakah tindakan atau pelan kerajaan bagi membantu kerugian yang dialami oleh semua mangsa yang terlibat selepas banjir ini reda?

Wira PUTRA kecewa apabila Speaker seperti tidak sensitif dan tidak prihatin untuk menyegerakan perbahasan usul membincangkan pelan afirmatif bagi membantu mangsa banjir kilat.

Sebelum ini beliau menghalang dan memberi pelbagai alasan untuk bahas usul darurat dan sekarang ini usul tangani banjir pula dihalang.

Nampak jelas sikap berat sebelah serta langsung tidak mencerminkan sikap profesional dan prihatin rakyat.

Daripada awal kerajaan yang terbentuk melalui pintu belakang ini gagal menangani banyak kemelut atau bencana yang menekan rakyat. Musibah datang bertimpa-timpa tetapi pemimpin-pemimpin sama yang gagal masih mengepalai negara. Kepimpinan kerajaan hari ini walau sudah bertukar daripada Perikatan Nasional kepada Keluarga Malaysia masih sama orangnya termasuklah Speaker Dewan Rakyat.

Speaker bukanlah lantikan rakyat dari Pilihan Raya Umum lalu tetapi tindakannya menidakkan hak Ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat membahas usul penting melibatkan derita rakyat diketepikan seolah-olah menunjukkan sikap kuku besi dan menjalankan Parlimen ikut kehendaknya sahaja.

Rakyat sudah tidak boleh terima kegagalan demi kegagalan serta alasan demi alasan sehinggakan kepentingan rakyat dipandang remeh tanpa perikemanusiaan. Justeru Wira PUTRA mendesak Speaker Dewan Rakyat untuk segera meletakkan jawatan dan serahkan kepada pemimpin yang bukan sahaja dalam kalangan ahli profesional tetapi pemimpin yang juga mengutamakan pemeliharaan kepentingan rakyat. Sebelum beliau memegang jawatan Speaker, beliau sangat kritikal dan suka mengkritik kepincangan tetapi kini lain pula wataknya.

Perdana Menteri juga perlu ambil langkah proaktif dalam menggerakkan pasukan di bawah kepimpinannya dan wajib melucutkan jawatan mereka yang tidak berfungsi dengan baik yang membawa kepada tercemarnya nama baik kerajaan dan sistem tadbir urus negara.

Apa guna bayar gaji berpuluh ribu tetapi lebih berpolitik dari bekerja untuk rakyat? PUTRA konsisten menegaskan agar jawatan Speaker Dewan Rakyat mestilah dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan yang telah dipilih oleh rakyat.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.