Berita PUTRA

WAJIB SYARAT EIA PEMBALAKAN

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔

(Sempena Sidang Khas Parlimen 20 Januari 2022)
10 Januari 2022 (Isnin)

1. Saya gembira apabila Parlimen akan mengadakan Sidang Khas pada 20.1.2022 ini untuk bincang isu BANJIR. Kalaulah ada Isu-isu penting Parlimen segera mengadakan Sidang Khas untuk bahas dan dilaksanakan apa yang diputus tentu rakyat gembira. Jika sekadar retorik nak tunjuk prihatin sahaja tidak memberi apa-apa faedah selain habis duit rakyat bayar elaun mesyuarat. Parlimen milik rakyat dan bukan milik Speaker.

2. Saya ingin berkongsi pendapat dan semoga boleh dijadikan bahan perbahasan untuk Ahli-ahli Parlimen berbahas pada 20.1.2022 nanti. Setiap kali BANJIR pasti ada BALAK yang hayut di mana banjir berlaku. Paling buruk banjir yang melanda baru-baru di beberapa negeri ada balak-balak hanyut dan merempuh rumah rakyat dan bersusun banyaknya bergelimpangan termasuk di atas jalan raya. Macam tidak percaya tapi benar.

3. Balak-balak hanyut di mana ada sungai bila tiba musim banjir. Tebing bukit dan tanah runtuh. Bahaya tidak kepalang kepada orang ramai apatah lagi yang berumah di tepi sungai dan kaki bukit. Sudah ada nyawa yang menjadi korban.

4. Di Malaysia, macam-macam peristiwa buruk berlaku, satu demi satu. Semacam sudah hilang berkat apabila bencana dan berbagai musibah berlaku. Apakah puncanya. Semuanya kerana perbuatan manusia yang tamak, tidak patuh undang-undang dan gila teramat sangat mengejar kekayaan.

5. Di Malaysia satu-satunya negara Asia atau di dunia yang mengizinkan pokok balak boleh ditebang dan kayu-kayu gergajinya boleh diexport. Malaysia turut tandatangan Konvensyen Alam Sekitar PBB dan pokok balak tidak boleh ditebang sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, Negara Thailand haram tebang balak dengan hukuman bunuh bagi yang melakukan perbuatan yang dikira jenayah. Kerajaan Thailand tidak ada meluluskan kawasan pembalakan seperti di Malaysia. Namun di Malaysia pokok balak boleh ditebang macam pokok lalang.

6. Negeri-negeri yang membenarkan pembalakan secara menggila adalah Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan lain-negeri negeri pun ada juga meluluskan kawasan untuk pembalakan.

7. Di Kelantan sudah berpuluh tahun hutan musnah akibat pembalakan. Flora & Fauna habis musnah. Binatang-binatang entah hilang ke mana dan tanah-tanah serta kediaman orang asli habis musnah dan ada yang dirampas mengguna secara halal mengikut undang-undang. Sungai Kelantan dari air biru asalnya bertukar menjadi kuning pekat akibat tanah runtuh kerana pembalakan. Ianya perbuatan dajjal-dajjal yang tidak bertanggungjawab dan mengejar kekayaan. Kelulusan diberi oleh jaguh-jaguh Islam Kerajaan Negeri yang merupakan katanya ahli syurga. Tapi, didunia mereka mencipta mini neraka untuk rakyat. Sedih dan menangis orang-orang asli dan alam sekitar musnah.

8. Bagaimanakah kegilaaan menebang balak dapat dikawal dan mencegah kemusnahan alam sekitar dan fauna. Paling tidak cadangan aktiviti pembalakan diwajibkan mendapat kelulusan EIA ! Selagi mana tidak ada kelulusan EIA di kawasan yang di luluskan tidak boleh dijalankan pembalakan. Hukuman dan denda mandatori mesti dikenakan bagi yang langgar undang-undang tanpa kelulusan EIA.

9. Peraturan cara menebang pokok balak dan transportasi balak juga wajib diperketatkan.Jika di Eropah balak hanya boleh diangkut mengguna heli logging iaitu menguna helikopter bagi mengelak kerosakan jalan dan mengelak dari aktiviti mencuri balak secara haram. Ini semua boleh dilakukan jika ada kemahuan politik dan semua pihak sayangkan alam sekitar dan keselamatan rakyat.

PUTRA menggesa dan akan menjadikan Perjuangan PUTRA agar diwujudkan RUU BALAK (AKTA BALAK) yang terpakai bagi semua Negeri Persekutuan di mana EIA Pembalakan wajib dan lain-lain peraturan termasuk hukuman yang berat mandotari rotan serta penjara seumur hidup.

10. Walaupun pembalakan dari segi Perlembagaan Negara prerogatif kerajaan-kerajaan negeri namun perkembangan terkini yang negatif dan destruktif memerlukan kerajaan Pusat mengawasi kondisi dan situasi yang tidak terkawal ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara tercinta ini!

11. Untuk tujuan penyelarasan seluruh Wilayah Persekutuan, kerajaan Pusat boleh menggubal sebuah akta atau meminda akta sedia ada agar aktiviti pembalakan diurus bersama di antara kerajaan Pusat dgn kerajaan-kerajaan negeri melalui keperluan mendapatkan kelulusan EIA dulu sebelum sesuatu permohonan pembalakan diluluskan oleh kerajaan negeri.

12. Langkah ini mungkin akan ditentang oleh kerajaan-kerajaan negeri berhabisan atas sebab-sebab yang kita semua ketahui tetapi tindakan kerajaan Pusat seperti ini mempamerkan secara jelas dan tegas keprihatinan kerajaan Pusat terhadap kepentingan rakyat dan masa depan negara mesti dan wajib mengatasi segala kepentingan-kepentingan pihak yang tamak dan lebih kecil darinya kepentingan negara.

Ini adalah salah satu manifesto Perjuangan Parti PUTRA demi kelangsungan kehidupan rakyat yang menjamin kesejahteraan mampan dan negara mendapat berkat.

Kedaulatan Rakyat Tunjang Kesejahteraan Negara.

PUTRA PERKASA NEGARA

Terima kasih.

Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti PUTRA

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.