Berita PUTRA

Video Seks: Jangan Biarkan LGBT Berleluasa

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) terus menentang sekeras-kerasnya sebarang unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) termasuk penularan video seks melibatkan individu yang mirip seorang menteri kanan Kabinet.

Malah, Putra juga tidak mahu budaya LGBT dan penyebaran video tersebut berleluasa sehingga memberi implikasi buruk.

Berikut merupakan kenyataan penuh Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman:
Seluruh negara dikejutkan dengan tersebarnya video yang dikaitkan dengan penglibatan seorang menteri kanan dan diikuti sehari kemudian seorang lelaki bernama Haziq Aziz tanpa segan silu tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah lelaki di dalam video tersebut.

Video siri kedua pula disebarkan pada hari berikutnya dan hari ini.

Haziq tanpa perasaan malu dan berdosa menulis dalam laman Facebook miliknya bahawa hubungan terlarang mereka sudah berusia tiga tahun dan telah melakukan hubungan sejenis sebanyak empat kali.

Saya yakin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak selesa dengan apa yang berlaku terutama melibatkan budaya LGBT atau mungkin fitnah ini.

Kita tidak mahu kedua-dua budaya yang berbahaya ini berleluasa di Malaysia tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.

Saya amat berharap dalam isu ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat bertindak segera menjalankan siasatan agar budaya buruk yang bertentangan dengan budaya Melayu dan agama Islam dapat ditangani dengan segera.

Jika video ini palsu, siasatan perlu dibuat dan pemfitnah perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana ianya membabitkan kanun jenayah dan kepentingan awam.

Dan jika video itu didapati sahih dan bukan palsu, kedua-dua individu yang terlibat dalam video tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana isu ini bukan saja membabitkan isu politik semata mata tetapi ia juga membabitkan kesucian agama Islam.

Tambahan pula individu yang terlibat dalam video tersebut beragama Islam.
Kami dari Parti Putra meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasukan PDRM untuk menyiasat kes ini dengan kadar segera dan tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu diambil tanpa mengira status dan kedudukan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/video-seks-jangan-biarkan-lgbt-berleluasa-1.916918

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.