Berita PUTRA

USUL UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

USUL MENYOKONG PENUH
UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA
SEMPENA PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KALI KEEMPAT
PERGERAKAN WIRA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)
(TAHUN 2023 SESI 20/23, PADA 24 JUN 2023 (SABTU) BERSAMAAN 5 ZULHIJJAH 1444H)
BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR KOTAMAS, 50400 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bismillahirahmanirrahim

BAHAWASANYA, Persidangan Agung Perwakilan Tahunan Kali Keempat Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Wira PUTRA) pada 24 Jun 2023 (Sabtu) bersamaan 5 Zulhijjah 1444H bertempat di Dewan Seminar Kotamas, Kuala Lumpur atas semangat PATRIOTIK DAN NASIONALIS, diisytiharkan sebulat suara menyokong penuh dan terima kasih di atas Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia seperti berikut;

Ketua Wira sedang menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Wira PUTRA kepada para perwakilan
  1. BAHAWASANYA PERGERAKAN WIRA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (WIRA PUTRA), MENYOKONG PENUH UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA yang bertajuk POLEMIK MASA DEPAN BELIA yang sewajibnya didokong dan dihayati oleh semua Warga Pimpinan PUTRA khususnya Pemimpin Muda di semua peringkat. Tenaga dan pemikiran anak muda yang sangat kreatif dan berinovasi wajar dimanfaatkan pembangunan negara dan ummah. Selain daripada membentuk semangat juang bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat, generasi pewaris inilah penentu kepada kegemilangan bangsa dan nasib Pribumi di tanah air ini sama ada berjaya atau mengemis di buminya sendiri.
  2. Wira PUTRA tidak akan apologetik dengan mana-mana individu mahupun kumpulan YANG MEMPERSOAL, MEMPERLEKEH, MEMPERSENDA ATAU APA JUA PERBUATAN KHIANAT YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Wira PUTRA akan memperjuangkan hal ehwal Islam serta hak-hak orang Melayu dan Bumiputera agar terus terpelihara tanpa menafikan semangat harmoni dan hak kaum-kaum lain. Ini bertujuan untuk dijadikan didikan dan pengetahuan awam kepada generasi milenial yang banyak merujuk maklumat atas talian bagi mengukuhkan kefahaman dan jatidiri berteraskan Fasal 3, 11, 151, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan yang perlu mereka pertahankan demi masa depan dan keselamatan negara.
  3. Wira PUTRA mengamati penerapan nilai perpaduan negara adalah bermula dari bangku sekolah rendah. Kualiti dan kerjasama antara masyarakat boleh dipupuk melalui pendidikan. Mengwujudkan sekolah satu aliran adalah satu usaha yang murni bagi menjamin masa depan negara yang sejahtera. Justeru, keistimewaan serta keunikan pelbagai kaum dan etnik di negara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kerajaan perlu mengambil langkah pertama dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ini dengan MEWAJIBKAN SEMUA SEKOLAH PERINGKAT RENDAH MENJADI SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN di mana tidak lagi akan berlaku murid seawal usia dini dipecahkan mengikut sekolah jenis kaum dan dibenarkan Pendidikan Bahasa bagi bangsa tersebut diajar dan dimasukkan di dalam silibus mata pelejaran bermula di peringkat menengah.
  4. Menghayati keperihan rakyat masa kini bukan sekadar mempunyai masalah pendapatan, KENAIKAN HARGA BARANG JUGA MENJADI PUNCA RAKYAT SEMAKIN SUSAH DAN MENDERITA SETIAP HARI. Kejatuhan nilai ringgit makin membimbangkan dan tidak menunjukkan ia akan pulih dalam masa terdekat. Kenaikan harga barang yang melampau dengan alasan yang tidak munasabah terus menekan rakyat sedangkan tahap pendapatan isi rumah masih lagi rendah. Pemantauan tanpa penguatkuasaan dan kegagalan mengwujudkan sistem kawalan harga yang menyeluruh termasuk mengambil kira faktor pendapatan rakyat akan mengakibatkan tekanan. Keterjaminan bekalan makanan melalui pelaksanaan dasar-dasar untuk menyokong petani tempatan dan meningkatkan produktiviti dalam menghasilkan pelbagai produk pertanian, ternakan, dan makanan laut untuk memenuhi keperluan penggunaan domestik akan menyumbang kepada bekalan makanan yang mencukupi dengan harga yang lebih stabil dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
  5. Wira PUTRA menyedari anak muda kini menghadapi situasi yang sukar melihat kepada prospek masa depan pekerjaan tetap yang terjejas teruk dan menyebabkan mereka lebih CENDERUNG UNTUK MENCARI WANG SEGERA MELALUI SEKTOR EKONOMI GIG YANG TIDAK MAMPAN, disebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang setara dengan kualifikasi pendidikan. Kerajaan pusat lebih menumpukan peluang pekerjaan berkemahiran rendah yang hanya merupakan penyelesaian jangka pendek bagi menjana pendapatan dalam kalangan anak muda. Kekurangan peluang pekerjaaan yang berkualiti bagi graduan yang mempunyai kemahiran sederhana dan tinggi menyebabkan golongan belia terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang bergaji rendah, dan secara tidak langsung menyebabkan produktiviti dan inovasi buruh negara merundum serta kualiti kehidupan rakyat Malaysia turut menurun. Justeru, rekonsiliasi ekonomi anak muda terus diperjuang berteraskan keseimbangan pecahan kek ekonomi serta peningkatan kuota belia sehingga 50 peratus dalam bantuan pendanaan projek “kickstarter” bagi menurunkan kadar pengangguran belia disamping melahirkan usahawan muda yang berkemahiran dan inovatif.
  6. Bahawasanya Parti PUTRA bukan sahaja sebuah parti yang diwujudkan untuk menjadi kuasa ketiga bagi semak dan imbang kecelaruan kepimpinan politik tanah air semata-mata, malah PUTRA seharusnya menjadi parti yang membawa sinar dan harapan kepada rakyat khususnya anak muda. Dengan kebenaran PENGUNDI BERMULA UMUR 18 TAHUN DAN DAFTAR PENGUNDI SECARA AUTOMATIK PADA PRU-15 yang lalu telah memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda menjadi sebahagian dalam usaha pembentukan kerajaan yang berintegriti dan berpotensi membangun negara ke arah yang lebih cemerlang. Pada masa yang sama, mencipta peluang melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berpotensi, cakna politik dan memahami isu-isu semasa. Ini bertujuan memastikan suara untuk membela nasib-nasib anak-anak muda di dalam pelaksanaan atau perancangan sesuatu dasar atau projek atau inisiatif baik dari segi ekonomi, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya oleh kerajaan akan kedengaran dan di ambil pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Sdr. Muhammad Farydzul Fareez, Ketua Penerangan WIra PUTRA Malaysia membentangkan Usul Menyokong Ucapan Dasar Ketua Wira
Barisan Kepimpinan Exco Pergerakan Wira PUTRA baharu bagi sesi 2023-2026 bersama YBhg. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mhd Tahir, Naib Presiden PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.