Berita PUTRA

Tun M sertai PUTRA demi perjuangkan Melayu

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyertaannya dalam Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kerana beliau memerlukan sebuah platform untuk terus memperjuangkan kaum Melayu.

Menurut bekas Perdana Menteri yang baru dilantik sebagai penasihat Putra itu, beliau mendapati kedudukan orang Melayu ketika ini lebih banyak masalah berbanding kaum-kaum lain.

“Parti ini cuma alat sahaja, perjuangan ini untuk orang Melayu dan saya dapati kedudukan orang Melayu sekarang ini lebih banyak masalah daripada kaum-kaum lain, kita berjuang bukan kerana perkauman (tetapi) kita perlu melihat supaya orang Melayu dapat bahagian mereka di negara ini.

“Jika dahulu kita menguasai politik, memimpin kerajaan tetapi hari ini (parti) UMNO jadi parti kecil dan kena ikut orang lain, musuh mereka (dan) tak boleh berjuang untuk orang Melayu kerana mesti ambil kira pandangan orang lain,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat Putra di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Terdahulu, kad keahlian dan watikah pelantikan sebagai penasihat Putra kepada Dr Mahathir disampaikan Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali sementara 11 lagi ahli baharu yang merupakan bekas ahli Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerima kad keahlian daripada timbalannya, Tan Sri Mohd. Khalid Mohd. Yunus.

Penasihat Parti Putra, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima replika kad ahli seumur hidup parti PUTRA daripada timbalan presidennya, Tan Sri Khalid Yunos sambil diiringi presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. (Sumber: MalaysiaGazette)

Antara bekas pimpinan Pejuang yang menyerahkan borang keahlian Putra dalah Datuk Marzuki Yahya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Mohd Jafrie Hussain, Abu Bakar Yahya, Ahamed Basheer Mohd Huss, Fyzul Adzwan Mustapha, Azman Mohd Hashim, Afiqah Mohammad, Wan Azlina Wan Adnan, Armin Baniaz Pahamin dan Mohamad Jani Ismail.

Kesemua borang keahlian Putra itu diterima di ibu pejabat parti berkenaan pada 20 Februari lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penyertaan Putra dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal diadakan pertengahan tahun ini, Dr. Mahathir berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Putra.

“Itu akan kita bincangkan selepas saya adakan perjumpaan dengan kepimpinan Putra. Sama ada saya akan bertanding atau pun tidak, saya nak jelaskan yang saya jadi ahli Putra kerana saya mesti ada satu platform untuk meneruskan perjuangan sebab itu saya masuk jadi ahli,” ujarnya.

Selain itu, katanya, Putra juga perlu mempertimbangkan mengenai dana pilihan raya sebelum menyertai PRN akan datang.

“Kita akan timbang kerana banyak masalah kita hadapi antaranya kegunaan duit dalam pilihan raya, kita tahu mereka belanja sehingga RM300 juta untuk satu parti sahaja. Kita tiada duit (dan) kita tak mahu pilihan raya dikuasai oleh orang yang ada duit sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Khalid dalam ucapannya berkata, sejak berita mengenai kesediaan Dr Mahathir menyertai Putra tersebar, parti itu menerima lebih 1,000 permohonan daripada ahli baharu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima watikah pelantikan Penasihat Parti Putra daripada presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. (Sumber: MalaysiaGazette)

“Saya yakin bahawa bila sampai masanya kita akan menyaksikan satu gelombang akan bertiup dengan gagah dan perkasa yang memberi kesedaran dan kefahaman (kepada) orang Melayu betapa pentingnya bersatu padu bagi memastikan tanah air ini kekal di bawah dominasi orang Melayu dengan mengambil kira kepentingan orang lain,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Putra menetapkan 7 Mac ini untuk mengadakan mesyuarat agung bahagian diikuti 7 Mei untuk persidangan perwakilan peringkat pusat dan pemilihan barisan kepimpinan pula dicadang pada 8 April ini.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.