[Terjemahan] Surat terbuka kepada Tan Sri Francis Yeoh dari YTL
Disiar semula daripada akhbar The Malay Mail:
Diterjemah oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Ketua Pergerakan Wira Parti PUTRA Malaysia untuk dihayati dan difahami oleh semua orang-orang Melayu dan Bumiputera supaya tidak terus biar bumi yang dipijak menjadi milik orang.
Saudara Pengarang,
Saya kagum membaca komen yang dibuat oleh Tan Sri Francis Yeoh (FY) yang dipetik dalam Portal Dalam Talian the Malay Mail pada hari Selasa, 3hb. Jun 2014, dan beberapa akhbar lain termasuk The Malaysian Reserve dan The Edgedaily, yang dipetik dari Siri Forum Malaysia Global oleh Pemandu di Suruhanjaya Sekuriti.
Francis Yeoh mungkin adalah orang terakhir yang layak mengulas tentang kronisma, retorik perkaumam dan agama. Bagi seorang yang keluarganya merupakan antara penerima habuan terbesar hasil amalan kroni kapitalisma, rasuah politik dan taktik perniagaan yang rakus, Francis Yeoh patut simpan pandangan hipokritnya kepada dirinya sendiri dan terus merancang pemindahan kekayaannya ke luar negara.
Mari kita imbas kembali bagaimana FY dan YTL “menang” dalam tender perojek IPP Pertama di negara ini, pada tahun 1994.
Apa yang anda perlu lakukan ialah membaca Memoir Tan Sri Ani Arope untuk mengetahui secara langsung betapa rakus Francis Yeoh menangani pelaksanaan perojek IPPnya dengan memaksa rakyat Malaysia berbelanja berbilion-bilion Ringgit. Ia adalah berbilion-bilion ringgit yang sama di mana Francis Yeoh kemudiannya pindahkan ke luar negara untuk membeli aset-aset di UK, Australia dan Singapura. Semuanya adalah daripada tarif elektrik yang dinaikkan secara besar-besaran bagi memberi manfaat kepada YTL pada tahun 1994 berikutan krisis tenaga kuasa pada tahun 1992.
Francis Yeoh memanggil projek IPP sebagai satu “inovasi”. Manakala saya dan kebanyakan rakyat Malaysia akan memanggilnya rompakan di siang hari.
Inovasi itu adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kos 23 sen dan menjualnya dengan harga 30 sen, sedangkan TNB mampu mengeluarkan tenaga elektrik dengan kos 8 sen dan menjualnya dengan harga 17 sen.
Inovasi bagi FY bermaksud merampas tapak tanah di Paka dan di Pasir Gudang daripada TNB untuk membina IPP miliknya. Inovasi FY ialah memutar belit Petronas agar menjual gas dengan subsidi yang besar. Inovasi FY adalah dengan memaksa melalui mekanisma “ambil atau bayar” dalam Perjanjian Ambil-Alih.
Inovasi FY adalah menggunakan EPU dengan apa cara sekali pun supaya IPP miliknya mendapat tawaran istimewa. Inovasi FY telah memaksa Dato Sri Ani Arope, Ketua Pegawai Eksekutif TNB ketika itu, untuk meletak jawatan kerana enggan menerima syarat YTL.
Francis Yeoh mungkin satu-satunya orang Cina yang berani berlagak persis seorang Raja masuk ke Perhimpunan Agung UMNO pada masa itu, untuk berjumpa Perdana Menteri dan tiada siapa yang berani menyoalnya atau menghalangnya.
Mari kita beralih kepada Express Rail Link (ERL) yang juga merupakan satu lagi inovasi oleh FY yang digembar-gemburkannya sebagai kejayaan daya usaha tanpa bantuan kerajaan.
Oh, dia lupa nak sebut dan kebanyakan orang tidak tahu bahawa dari setiap cukai penumpang di lapangan terbang yang dibayar oleh setiap pengembara yang melalui KLIA, RM5 diberi kepada ERL walaupun kurang dari 5% daripada mereka itu menggunakan ERL untuk ke KLIA.
Dan jangan dilupa juga, bahawa Kerajaan membayar RM100 juta untuk sambungan ERL ke KLIA2 baru-baru ini. Penumpang kini kena membayar tambahan RM2 untuk ke KLIA2 bagi menampung kos perjalanan tambahan ke KLIA2.
Mungkin kita patut memberi FY “Perekacipta Abad Ini di Malaysia” untuk semua “inovasi” yang telah dilakukannya dimana meragut berbilion Ringgit wang pembayar cukai termasuk saya.
Sekarang mari kita beralih kepada topik perkauman.
Bolehkah FY jelaskan berapa ramai orang Melayu dan India yang dia ambil bekerja dalam syarikat Kumpulan YTL? Saya ingin melihat pecahan mengikut kategori Pengurusan Kanan, Pengurusan dan Buruh.
Francis Yeoh ini jugalah merupakan orang yang sama, yang menggaji seorang Melayu untuk “buat syarat” sebagai Pengarah Eksekutif dalam syarikat Kumpulannya. Pengarah Eksekutif itu pula tidak perlu pergi bekerja. Dengan cara itu Pengarah Eksekutif tersebut tidak akan mempelajari/mengetahui rahsia perniagaan keluarga YTL.
Mengenai tadbir urus korporat pula, sudah menjadi pengetahuan umum di mana YTL mempunyai Lembaga Dalaman yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sahaja untuk mentadbir, bertemu dan memutuskan perkara-perkara penting. Lembaga Pengarah rasmi syarikat tersenarai YTL hanya bertemu untuk “mengesahkan” / rubber stamp setiap keputusan; serta menurun tanda kehadiran mereka untuk dicatit dalam buku laporan tahunan.
Baru-baru ini Francis Yeoh menyertai forum 50 Syarikat Tersenarai Teratas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Suruhanjaya Sekuriti.
Pada sesi itu, satu kajian mengenai pekerjaan siswazah oleh 2 orang pensyarah (Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammad Abdul Khalid) dari Universiti Malaya telah dibentangkan, yang menonjolkan bagaimana graduan Melayu didiskriminasi dalam peroses permohonan untuk mendapat kerja.
Apabila dia diminta memberikan pandangannya, Francis Yeoh yang paling petah berbicara. FY berjaya menyebut kira-kira 5 patah perkataan dan “menginovasi” jalan keluarnya dengan menukar topik.
Inovasi terbaru Francis Yeoh ialah bekerjasama dengan pihak istana untuk kepentingan perniagaannya. Ini adalah selepas bertahun-tahun dia membodek ahli-ahli politik sehingga terserlah belangnya yang sebenar – menyebabkan tiada lagi ahli politik yang mahu ada kaitan dengan dirinya.
Walaupun dia telah memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir kepada hampir semua orang yang ingin mendengarkannya, Tun Dr Mahathir lah yang berulang kali membantu menjadikan FY kaya-raya. Selepas bertahun-tahun membenci kerabat diraja, kini mereka adalah orang kesayangan FY.
Tetapi tidak semua rancangan berjalan seperti yang dihajatkan. Selepas kalah dalam tender Projek IPP 3B; FY berjaya “menginovasi” dengan cara memintas kaedah tender terbuka untuk memenangi Projek 4A beberapa hari lalu.
Satu lagi inovasi cemerlang oleh FY, ialah mengubah corak perniagaan YTL daripada sebuah syarikat kontraktor orang Cina, kemudian bertukar menjadi penjana tenaga kuasa elektrik, dan kini menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang cemerlang. Francis Yeoh, berapakah yang anda bayar untuk lesen 4G?
Selain itu, terdapat juga projek Bestranet yang harganya dilonjak melambung tinggi untuk menyambung jalur lebar (WiFi) bagi membekal perkhidmatan internet ke semua sekolah-sekolah di negara ini, supaya FY boleh bina stesen pangkalan pemancarnya yang perlu dibayar oleh rakyat!
Satu lagi inovasi cemerlang FY tentulah slogan syarikat YTL, di mana dia tidak perlu mengupah syarikat PR Bumiputera untuk menghasilkan tagline untuk nya.
FY, bagaimana pula dengan tanah KTM di Sentul? Adakah mengambil tanah KTM yang dalam kerugian teruk pada harga terendah menjadikan anda penyelamat negara?
Selepas mendapat manfaat daripada semua tawaran yang menguntungkan itu, FY kemudiannya menyaran agar “persaingan kejam” dijadikan satu-satunya cara untuk memajukan negara.
Setelah YTL mendapat semua keistimewaan itu – Inovasi dan keusahawanannya, FY menempelak Bumiputera seperti Tan Sri Syed Mokhtar mendapat bahagian, kronisma dan keistimewaan yang (mengikut hujah FY) tidak adil diberi kepada Bumiputera.
Francis Yeoh mengkritik pelan tindakan afirmatif yang merupakan dasar negara yang memberi kelebihan tidak adil kepada Bumiputera, tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa semua kontrak kecil yang diserahkan kepada kontraktor kecil (Bumiputra) sejak 21 tahun selepas FY mendapat perojek IPP inovatif, adalah jauh lebih rendah nilainya berbanding dengan kontrak dan perniagaan yang YTL perolehi daripada kerajaan dan rakyat.
Saya boleh meneruskan pandangan ini, dan saya pasti ada ramai lagi orang yang lebih tahu daripada saya yang boleh menambahnya. Tidak cukup dengan menyerang dan menghina kepintaran kita semua, FY juga kini menyerang orang Bumiputera, mengatakan orang bukan Bumiputera kini tiada peluang berniaga di Malaysia.
Mesej saya kepada Francis Yeoh ialah, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menjual semua baki 15% perniagaan yang masih berada di Malaysia dan mula mengemas beg anda untuk berpindah ke UK. Anugerah “Lord” (Tun) sedang menunggu anda di bumi keadilan.
Hamid ,
Anak Malaysia.
Sumber: https://www.facebook.com/alumniuitmMY/photos/a.252850128078515/861752230521632/
Lihat lah bagaimana seorang kontraktor bankrap bukan bumiputera diberi layanan dan bantuan istimewa oleh Kerajaan untuk memaksa pelaksanaan projek IPP dengan mengorbankan jutaan pengguna. Bantuan Kerajaan juga termasuk kewangan dan pemberian hak untuk mengguna jajaran keretapi (kepada YTL). Ini adalah salah satu skim untuk mensabotaj Dasar Ekonomi Baru!