Berita PUTRA

Shahrin Ismail dilantik sebagai ADT PUTRA Malaysia

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Selangor Mohamed Shahrin Ismail berkata telah dilantik sebagai Pengerusi Keahlian Kebangsaan PUTRA Malaysia (ADT PUTRA Malaysia).

Beliau berkata dimaklumkan pelantikan itu semalam.

Shahrin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan Ahli Dewan Tertinggi PUTRA Malaysia (ADT PUTRA) terutamanya kepada Presiden PUTRA Malaysia Datuk Dr Ibrahim Ali danTimbalan Presiden PUTRA Malaysia Datuk Abdul Aziz Jamaludin.

“Terima kasih juga kepada Naib Presiden PUTRA Malaysia Datuk Asmawar Samat, Setiausaha Agong PUTRA Malaysia Tuan Rosdi Idris, Ketua Penerangan PUTRA Malaysia Tuan Shahrulufti Sharif, Ketua Wira PUTRA Malaysia Nasrul Ali Hassan, Ketua Wirawati PUTRA Malaysia Nurhafizah Jamalludin Malaysia, Wiranita PUTRA Malaysia Laila dan juga semua barisan ADT Putra Malaysia yang hadir pada mesyuarat semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Shahrin berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab itu dan menerima lantikan itu.

Beliau berharap parti PUTRA akan terus diperkasakan dimata rakyat.

“Kita semua mempunyai peluang yang tersangat baik dan bagus apabila menyertai parti PUTRA.

“Wadah atau platform yang amat baik untuk memberi sumbangan idea atau kritikan kepada kerajaan dengan cara yang betul,” katanya.

Beliau berkata persaingan yang sihat, membangun dan membina juga mengimbangi politik negara.

“Maksudnya sampaikanlah suara agar suara didengar dan diambil perhatian oleh pihak berkuasa ataupun kerajaan pimpinan.

“Isu rakyat, keadilan rakyat dan kebaikan kita bersama.