Berita PUTRA

Sampai Bila Jawatan Penting Dikhas Untuk Lantikan Politik?

PETALING JAYA: Wira PUTRA menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengkaji semula dasar baharu bagi pelantikan sebarang jawatan penting dalam negara.

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata sewajarnya diberi keutamaan kepada penjawat awam yang berkelayakan dari Wisma PUTRA atau tokoh-tokoh akademik dan profesional da bukannya dan bukannya  pemimpin politik semata.

“Sebelum ini terlalu banyak lantikan seumpama ini dibuat atas dasar hadiah dan tidak ada pertimbangan diplomasi.

“Ia dibuat atas lantikan politik secara peribadi sama ada oleh Perdana Menteri itu sendiri atau pun pemimpin utama parti politik yang memerintah bukan atas pertimbangan menjaga kepentingan negara.

“Sampai bila lantikan jawatan-jawatan penting yang akan menjadi cerminan dan imej negara dibiar dilakukan melalui lantikan politik dan bukan pada individu yang mahir, berpengalaman dan berpendidikan?” soalnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Beliau turut mempersoalkan apakah Malaysia kini ketandusan calon-calon berwibawa yang mempunyai ciri-ciri diplomasi yang tinggi.

Nasrul turut memberikan contoh bahawa lantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia perlu diterajui oleh seseorang yang mahir dalam hal ehwal buruh dan wilayah perdagangan import dan eksport antara kedua negara berkenaan.

“Duta yang wajar dilantik mestilah boleh menjadi perantara yang baik bagi menghurai sebarang ketegangan dalam hal perdagangan, pelaburan dan memantapkan fahaman hubungan antara rakyat kedua negara ini.

“Wira PUTRA gusar jika hal sebegini berterusan, kepimpinan kerajaan sedia ada terus dilihat gagal mengangkat para profesional ke tempat selayaknya dan lebih buruk dipandang rendah oleh pelabur dan rakyat negara asing,” ujarnya.

Sumber: https://sumberkini.my/putra-gesa-pm-kaji-semula-dasar-lantikan-jawatan-duta/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.