Rebutan takhta ‘Raja Katak’ kini hebat sekali
KUALA LUMPUR – PUTRA mengusul dan mencadangkan pindaan kepada Akta Pilihan Raya bagi mencegah budaya lompat tukar parti yang menjadi-jadi dan memudaratkan beban kewangan negara serta boleh mengancam keselamatan rakyat dan kestabilan politik.
Dulu bertukar parti tidak seburuk sekarang hingga boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan.
Saya sendiri pernah bertukar parti atas sebab-sebab peribadi dan disingkir tapi secara individu yang langsung tidak mengugat kerajaan yang dipilih rakyat.
Saya digelar katak dan dicemuh manakala kini bukan lagi lompat katak tapi lompat beruk cari buah dari pokok ke pokok. Pelik tapi benar.
Mereka yang pernah menghina saya lompat parti mutakhir ini bertukar parti atau melompat lebih dua tiga parti tanpa segan silu ibarat kata dulang paku serpih. Takhta ‘Raja Katak’ kini menjadi rebutan begitu hebat sekali.
Terkini lompat parti berlaku secara berjemaah yang meruntuhkan kerajaan yg dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU). Ia berlaku di Semanjung dan terbaru di Sabah.
Budaya lompat berjemaah ini amat bahaya kepada sistem amalan demokrasi kerana ia melibatkan perubahan kerajaan. Pasti majoriti rakyat tidak senang dengan perkembangan ini.
Ia bukan setakat bertukar kerajaan tapi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat boleh dibubar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) atau PRU.
Jika kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya belum pun cukup tiga tahun, terpaksa dibubar atas mainan politik lompat, cuba bayangkan kos kewangan yang terlibat apabila PRN atau PRU diadakan secara tiba-tiba dan jarak PRN dan PRU dulu belum matang.
Ini pembaziran yang sia-sia dan boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat.
Bagi mengatasi budaya gila lompat parti yg menjadi-jadi malah secara berjemaah, PUTRA mengusul dan mencadangkan Akta Pilihan Raya dipinda supaya setiap wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya tidak boleh melompat atau berpindah parti.
Jika mana-mana wakil rakyat bertukar parti dari parti yang asalnya mereka dipilih, mereka secara automatik lucut hak sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan dan parti berkenaan boleh menamakan wakil baru tanpa diadakan PRK.
Peraturan ini bagi wakil rakyat yang sudah dipilih melalui PRU dan tidak terlibat dengan ahli ahli biasa yang mahu bertukar parti. Inilah sahaja cara supaya tidak akan berlaku beli membeli wakil rakyat setelah dipilih.
Perlu ditegaskan landskap politik negara sudah berubah dan tidak ada lagi parti dominan yg akan menang majoriti selesa. Maka perbezaan kecil atau marginal akan menjuruskan kpd lobi-melobi atau beli membeli wakil rakyat yang pasti menodai amalan demokrasi, membazir wang negara dan mewujudkan ketidaksetabilan politik negara serta boleh mengacam pembangunan ekonomi rakyat.
PUTRA menyeru semua pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong cadangan pibndaan Akta Pilihan Raya bagi menamatkan budaya lompat Parti yg boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Sebelum ini ada berbagai cadangan seperti mewujudkan undang-undang anti lompat parti dan sebagainya.
Namun cadangan PUTRA ini bagi membatalkan keahlian mana-mana wakil rakyat secara automatik yang bertukar parti dan diganti dengan wakil parti yang menang adalah terbaik demi membendung berlakunya amalan rasuah politik dan diharap mendapat sokongan semua pihak bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi yang bermaruah.