Berita PUTRA

Rafidah Aziz Perlu Disiasat Isu 3R – Putra

KUALA LUMPUR: Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendakwa bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz atas cubaan menghasut isu 3R dan mengadu domba antara kaum.

Ianya susulan kenyataan yang dikeluarkan Rafidah Aziz yang bertajuk “Tanah Melayu Is No More-No Malaysian Should Be Considered Better Than Others” pada 2 Februari lalu.

Ketua Wirawati Putra, Nurhafizah Jamaluddin berkata, kenyataan itu dilihat lebih kepada menyokong dan memperluaskan Agenda Malaysian Malaysia kepada rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu-Islam.

“Ini bukan sekadar satu kenyataan berbaur hasutan dan wajar disiasat oleh pihak PDRM atas isu 3R, malah menghina Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara bagi orang-orang Melayu dan Pribumi yang merupakan rakyat raja.

“Banyak negara di luar sana walaupun mempunyai ramai migran yang mendapat kerakyatan di negara yang mereka diami kerana mencapai tempoh atau syarat tertentu, negara tersebut kekal dengan identiti kaum majoriti negara terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya lagi, tiada pula di negara tersebut mengubah status negara mereka sebagai negara berbilang kaum.

“Kenapa perlu bertoleransi tentang status negara ini milik asal orang Melayu dan Bumiputera? Dan kenapa perlu diubah statusnya kepada negara berbilang kaum?

“Sudah-sudahlah bersikap liberal ke atas semua perkara dan mengangkat kaum lain tanpa melihat sejarah Tanah Melayu ini,” katanya.

Justeru, Wirawati turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penguatkuasa negara untuk menyiasat latar belakang kekayaan dan mohon Rafidah mengisytihar hartanya.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.