Berita PUTRA

PUTRA tubuh Kelab Penyokong, terima keahlian kaum Cina, India

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) melengkapkan penubuhannya sebagai parti yang memperjuangkan semua kaum apabila menerima penyertaan masyarakat India dan Cina sebagai ahli parti itu, hari ini.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, serentak itu Putra menubuhkan sayap keempat iaitu Kelab Penyokong Putra yang dipengerusikan bersama Dr. Balachandran Gopal dan Datuk Seri Dr. Chong Lian Foo.

Beliau yang melancarkan secara rasmi penubuhan kelab itu di Dewan Seminar Bangunan Koperasi Telekom di sini, menyatakan, sudah terbukti Putra mula mendapat sokongan daripada kaum bukan Bumiputera.

“Saya amat teruja dan gembira sekali apabila kaum bukan Bumiputera sudah mula menyokong parti Putra. Mereka hadir bagi menyerikan majlis pelancaran ini walaupun jumlah kehadiran terpaksa dihadkan kepada 100 orang kerana mematuhi SOP PKP.

“Putra adalah sebuah parti alternatif baharu kepada rakyat Malaysia yang mutakhir ini sudah bosan dengan parti sedia ada, apabila timbul pelbagai kemelut dan kerenah politik.

“Tambahan pula naluri manusia sentiasa mahukan kepada yang baharu dan Putra, parti berusia satu setengah tahun mendapat sokongan luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab Penyokong Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Putra, Tan Sri Mohd Khalid Yunus; Naib-Naib Presiden, Datuk Hamidah Othman dan Dr. Aziz Jamaludin.

Menurut Dr. Ibrahim, Putra telah bergerak pantas ke hadapan dan setiap hari tidak sedikit yang memohon hendak menjadi ahli parti itu.

Katanya, beliau sentiasa memberi penekanan bahawa Putra bukan rasis, bahkan mendukung perjuangan berasaskan kepada Perlembagaan Negara, terutama menghidupkan kembali Semangat Kontrak Sosial yang dipersetujui sebelum negara mencapai kemerdekaan antara pelbagai kaum dengan penjajah dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kontrak Sosial ini dipersetujui Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang mewakili masyarakat masing-masing.

“Mereka ini telah merangkakan dasar yang begitu baik untuk menentukan rakyat Malaysia hidup dalam aman damai.

“Cuma, apa yang berlaku timbul rasa tidak puas hati kaum Bumiputera yang merupakan masyarakat majoriti dengan pembahagian kek ekonomi negara, yang dianggap tidak adil,” katanya.

Tegas beliau, kaum Bumiputera dan golongan B40 mempunyai pendirian tegas iaitu semua kaum yang miskin mesti dibantu supaya mereka dapat keluar dari garis kemiskinan.

Tetapi, pada masa sama, golongan atasan mestilah adil agar tidak menimbulkan keresahan kaum majoriti.

Ujar beliau, kalau kaum Bumiputera hidup gelisah, tidak puas hati, ertinya ia boleh menggugat kestabilan negara dan akan menjejaskan juga keharmonian kaum minoriti.

“Sebab itu, dasar yang dibawa oleh Putra adalah yang memang termaktub dalam perlembagaan, iaitu bagi menjamin keadilan sosial semua kaum supaya seimbang.

“Itulah perjuangan Putra dan saya gembira kaum bukan Bumiputera sudah menerima perjuangan kita.

“Nama Putra pun bukan rasis, ia singkatan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Putra berbeza dengan MIC, MCA, UMNO dan Pas. Kita, Putra tidak guna nama satu bangsa, kita guna nama Bumiputera, yang dalam kelompok ini ada pelbagai kaum termasuk Iban, Dusun dan Dayak bagi masyarakat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sumber : https://malaysiagazette.com/2021/01/07/putra-tubuh-kelab-penyokong-terima-keahlian-kaum-cina-india/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.