Berita PUTRA

PUTRA terkejut roboh rumah penduduk, bayar pampasan hanya RM1,000

KUALA LUMPUR – Tidak masuk akal apabila lebih 60 keluarga di Kampung Jalan Atas Paloh, dekat Kota Bharu, Kelantan ditawarkan bayaran pampasan sebanyak RM1,000 sahaja oleh sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.

Dari jumlah itu, hanya 16 rumah penduduk lagi masih kekal manakala selebihnya telah dirobohkan dengan alasan tanah itu akan dimajukan dengan projek pembangunan komersial.

Lebih mengecewakan, penduduk dijanjikan pampasan sebanyak RM1,000 tiap seorang yang akan dibayar masing-masing RM500 sebelum dan selepas rumah dirobohkan.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang menerima aduan itu bergegas ke tempat kejadian dan terus mengambil tindakan mahkamah dengan mendapatkan perintah injunksi bagi menangguhkan kerja meroboh baki 16 kediaman penduduk sehingga selesai rundingan kedua-dua pihak.

Menurut beliau, Putra juga melakukan semakan kehakiman untuk semua keluarga berkenaan bagi mendapatkan pampasan yang adil dari syarikat berkenaan dan kerajaan negeri.

MGF22102020_PERASMIAN-TABUNG-PUTRA_07
Dr. Ibrahim Ali

“Penduduk tinggal di kampung ini sejak 70 hingga 80 tahun lalu lagi dan memang benar ini tanah kerajaan tetapi sepanjang mendiami di sini mereka membayar tol.

“Malah, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjawat Menteri Besar sebelum ini pernah berjanji akan membina rumah berharga RM160,000 dengan penduduk hanya membayar RM50,000 sahaja.

“Tetapi, janji tinggal janji. Apabila jawatan Menteri Besar beralih tangan, pentadbiran baharu kerajaan negeri tidak meneruskan janji itu. Tidak masuk akal langsung,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.https://88f5660f28384ccc480a50ab1f114929.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Dr. Ibrahim kecewa dengan sikap kerajaan negeri, menaikkan gaji wakil rakyat dan membeli kenderaan mewah untuk kegunaan anggota Exco tetapi pada masa sama rakyat ditindas.

Katanya, rakyat dihalau begitu sahaja dengan membayar pampasan umpama sebuah reban ayam dan tindakan itu betul-betul tidak berperikemanusiaan.

Ujarnya, Putra akan memperjuangkan nasib penduduk di kampung itu dan mengganggapnya sebagai satu bentuk penganiayaan yang tidak boleh diterima akal kerana rakyat tidak dihiraukan.

“Memang zalim, boleh masuk akalkah, suruh orang pindah rumah yang duduk begitu lama dengan bayar pampasan RM500 sebelum roboh dan RM500 lagi selepas roboh.

“Syarikat keluarkan notis pula tidak ikut peraturan, tidak ada sebarang tandatangan, manakala penduduk diminta tandatangan borang yang tidak jelas tujuannya.

“Ini satu penipuan cara halus dan cara berunding tidak rasmi. Inikah yang dikatakan Membangun Bersama Islam?” soal beliau. 

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/11/11/putra-terkejut-roboh-rumah-penduduk-bayar-pampasan-hanya-rm1000/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.