Berita PUTRA

Putra mahu Anwar jawab isu besar, bukan peduli soal bak kut teh, kantin sekolah buka Ramadan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengambil tahu isu remeh seperti bak kut teh dan kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Ekonomi Parti Putra, Dr. Mohamad Izwan Zainal mahu Anwar menjawab isu lebih besar berkaitan bekas Setiausaha Politiknya yang dikatakan muncul sebagai salah seorang pemegang saham terbesar HeiTech Padu Bhd selepas membeli 16.1 juta saham syarikat itu yang dianggarkan bernilai RM39.1 juta.

Kata beliau, rakyat juga hendak tahu jawapan daripada Anwar berhubung dakwaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan digunakan untuk mengukuh nilai ringgit sebagai spekulasi atau benar.

“Dan, Anwar juga perlu menjawab kenapa ringgit telah mengukuh sedikit kepada RM4.68, tetapi dalam tempoh seminggu jatuh kepada RM4.72.

“Adakah tindakan intenvensi kerajaan yang dilaung-laungkan untuk dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat kerajaan seperti KWSP serta Permodalan Nasional Berhad (PNB)?,” soal beliau menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Izwan, Anwar sepatutnya membiarkan isu bak kut teh dijawab oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan begitu juga isu berkaitan kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan diselesaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidik.

“Kamu (Anwar) hanya perlu jawab isu-isu besar seperti bekas anak buah pemegang saham terbesar, dana KWSP dan kejatuhan ringgit,” katanya. – NasionalDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.