Berita PUTRA

PUTRA Dedah Penjualan Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu

50 Hakmilik Tanah Di Sitiawan Bertukar Tangan

IPOH – Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Perak membuat pendedahan terbesar dan mengejutkan apabila mendakwa 50 hakmilik daripada 317 hakmilik tanah rizab Melayu di Mukim Sitiawan, Manjung telah bertukar `tangan’ kepada bukan Melayu.

Pengerusi Penyelarasnya, Datuk Hamidah Osman yang membuat pendedahan ini berkata, beliau juga percaya telah berlaku salahlaku, penyalahgunaan kuasa oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak dan pihak-pihak tertentu dalam pemberi-milikan, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik tanah-tanah rizab Melayu tersebut kepada bukan Melayu.

“Adalah difahamkan hampir separuh tanah iaitu lebih kurang 21,476 ekar yang digazetkan dalam warta 488 telah di `revoke` dari status tanah rizab Melayu .

“Mengikut enakmen rizab Melayu, mana-mana tanah yang di-‘revoke’ status rizab Melayu perlu diganti dengan keluasan yang sama dalam negeri itu dengan serta-merta.

“Tanpa gantian serta-merta, pembatalan itu adalah tidak sah (rujuk Perkara 89 (4) Perlembagaan Persekutuan).

“Memandangkan perkara ini telah menjadi kepentingan awam saya mohon jawapan segera dari kerajaan negeri mengenai status tanah yang di-revoke dan tempat gantiannya.“ katanya kepada pemberita selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.

Hamidah menjelaskan laporan polis yang dibuatnya supaya pihak PDRM membuat siasatan ke atas salahlaku, salahguna kuasa terhadap pihak yang terlibat dalam pemberian milikan lot-lot tanah rizab Melayu dan juga ke atas tanah rizab Melayu yang lain di Daerah Manjung.

“Laporan polis ini juga akan dijadikan eksibit untuk kegunaan mahkamah,“ tegasnya.

Sehubungan itu, Hamidah berkata, PUTRA akan membuat laporan SPRM dan menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Ipoh dalam masa terdekat untuk tujuan membatalkan hakmilik yang berkenaan.

Sumber: https://independent.my/putra-dedah-penjualan-tanah-rizab-kepada-bukan-melayu/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.