Berita PUTRA

PRN Johor: Putra bertanding di DUN Semerah sahaja

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( Putra) hanya akan bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, kerusi tersebut adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.

Keputusan untuk bertanding hanya satu kerusi itu dibuat selepas melihat kekangan terhadap perjalanan pilihan raya sama seperti yang berlaku pada PRN Melaka.

“Kita bertanding dengan tidak mengambil perkiraan yang serius dari segi strategi dan kita dapati akibat daripada SOP-SOP di PRN Melaka yang tak boleh berkempen, logo Putra pun rakyat tak kenal, nak berceramah pun tak boleh maka kita terbabas dalam PRN di Melaka baru-baru ini.

“Mengambil kira apa yang berlaku di Melaka, tiba-tiba pula PRN Johor kita menyertai satu DUN ini sebagai simbolik untuk meletakkan Putra dalam radar politik negara menjelang PRU-15,” katanya pada sidang media hari ini.

Ibrahim berkata, tidak guna bertanding banyak kerusi sekiranya calon yang diketengahkan tidak berani untuk memperjuangkan agenda bangsa.

Katanya, calon yang diketengahkan oleh Putra di kerusi DUN berkenaan merupakan individu yang mempunyai darah keturunan pejuang terdahulu di Batu Pahat iaitu Kiai Salleh.

“Maknanya calon kita ini seorang tapi kalau menang macam 100 orang., menang macam 1,000. Kalau ramai pun kalau tak berkesan tak guna, tak berani, tak sanggp hadapi risiko tiada guna pun, lebih baik seorang,” ujarnya.

Ditanya sama ada langkah meletakkan hanya satu calon sahaja untuk bertanding pada PRN itu hanya akan menjadi bahan jenaka dalam kempen parti-parti yang bertanding, Ibrahim menegaskan, satu kerusi lebih signifikan berbanding 10 calon yang diketengahkan.

Katanya, ia hanya pilihan raya negeri dan jika matlamat mahu menubuhkan kerajaan barulah Putra akan bertanding di semua kerusi.

“Tapi ingat, kerajaan Johor baru ini belum dibubar majoriti satu sahaja. Jadi, kalau kita menang satu DUN tiba-tiba keputusan jadi macam baru ni, kumpul sana kumpul sini, kumpul BN, kumpul PN dan yang satu itu ada pada Putra, itulah yang akan jadi ‘kijang emas’,” tambahnya.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/02/19/prn-johor-putra-bertanding-di-dun-semerah-sahaja/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.