Berita PUTRA

PRN Johor: Calon Tunggal PUTRA Tanding Di DUN Semerah

JOHOR BAHRU: PUTRA meletakkan calon tunggal parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan meletakkan calon tunggal itu mengambil kira semua aspek termasuk mengadakan perbincangan bersama PUTRA Johor.

Katanya, calon PUTRA bagi DUN Semerah ini mempunyai latar belakang pendidikan yang terbaik dan berpengalaman luas untuk menjadi wakil rakyat.

“Profesor Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi, berusia 65 tahun, masih sihat walafiat dan mempunyai rekod khidmat yang cukup cemerlang, beliau memiliki ijazah doktor falsafah (PHD).

“Pengalaman yang dimiliki sudah cukup menjadi ADUN yang berkesan, bukan sahaja tokoh pendidik, tetapi juga pegang banyak jawatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika mengumumkan calon dan majlis penyerahan Watikah kepada calon di Johor Bahru pada Jumaat.

Ibrahim juga menjelaskan Dr Kamarolzaman juga Pengerusi Badan Perhubungan PUTRA Johor yang mempunyai rekod bersih.

Dalam pada itu, menurut calon PUTRA, beliau berasa bangga kerana ditampilkan oleh partinya sebagai calon tunggal bagi PRN Johor.

“Memandangkan politik Johor kacau bilau, maka apabila berlaku situasi ini, penampilan ini tepat.

“Jika saya berjaya, InsyaAllah saya akan lakukan yang lebih baik dari pemimpin sebelum ini.

“Saya akan jadi pembela rakyat di DUN Semerah. Saya yakin 70 peratus rakyat DUN Semerah akan pilih PUTRA,” katanya dalam satu ucapan selepas melafazkan ikrar sumpah laknat di hadapan Presiden.

Dr Kamarolzaman merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan TVET, Presiden Persatuan Doktor Pendidikan EDD, alumni UNISEL dan juga Yang Dipertua Kelab Kiyai Salleh Malaysia.

Sumpah Ikrar & Manifesto Calon Parti PUTRA DUN N.17 Semerah
Sumpah Ikrar & Manifesto Calon Parti PUTRA DUN N.17 Semerah
Profil Profesor Madya Dr. Kamarolzaman Mohd Jidi, Calon Parti PUTRA DUN N.17 Semerah sempena PRN Johor

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.