Berita PUTRA

Presiden parti akan jadi diktator jika Akta Anti Lompat Parti dibuat tak kena cara

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dapat dibentang dan diluluskan tanpa sebarang alasan dalam sidang khas Parlimen Isnin ini.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, asas kepada kewujudan RUU itu adalah bagi menghalang wakil rakyat melompat parti sesuka hati demi mencari kepentingan dan kedudukan dalam parti yang berkuasa.

Kata beliau, tindakan itu memang wajar dihalang melalui RUU berkenaan, tetapi ia mesti adil agar presiden parti tidak dituduh sebagai diktator.

“Ada macam-macam persepsi cadangan RUU ini, termasuk jika wakil rakyat dipecat oleh presiden akan dikira lompat parti dan kerusi itu kosong maka diadakan pilihan raya kecil.

“Yang ini saya rasa tak betul, saya tak setuju. Sebab dalam parti ini dinamik dan progresif, sebagai ahli parti ada juga pucuk pimpinan bertindak tidak betul, dasar parti menyeleweng menyebabkan anggota parti mengkritik serta tegur, tetapi dipecat.

“Apabila dipecat, jika dia Ahli Parlimen maka gugurlah statusnya. Ertinya kalau undang-undang ini dijadikan sebahagian daripada RUU, presiden parti politik akan menjadi diktator,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ditanya sama ada RUU itu akan dibentangkan atau timbul lagi alasan lain yang menyebabkan ditangguh, Dr. Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sama-samalah tunggu dan lihat adakah ia menjadi kenyataan.

Menurut beliau, RUU itu merupakan salah satu akta yang begitu hangat dibincangkan bukan saja dalam kalangan Ahli Parlimen, tetapi rakyat, yang berpunca daripada tindakan wakil rakyat UMNO dan PKR lompat parti selepas PRU14.

“Yang mendapat mandat rakyat pada PRU14 ialah Pakatan Harapan (PH), tetapi akibat tindakan lompat Ahli Parlimen UMNO dan PKR ke Bersatu, maka PH tumbang.

“Sebab itu timbul desakan dan keperluan supaya diwujudkan satu akta untuk menyekat Ahli Parlimen daripada lompat parti, sekali gus bagi menjamin kestabilan politik negara,” katanya.

Dr. Ibrahim juga menyatakan, dahulu terpalit dengan tuduhan melompat parti, sedangkan beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Apabila saya bertukar parti atau tidak menyokong parti asal saya, saya dituduh lompat parti. Walhal saya tidak lompat parti, saya digugurkan kerana saya memberontak apabila parti singkir saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas tanpa sebab.

“Menjelang PRU tahun 2004 saya bertanding bebas dan terlucutlah sebagai ahli UMNO dan kekal sebagai orang yang tidak berparti. Pada PRU 2008, Pas beri laluan saya bertanding di Parlimen Pasir Mas dengan simbol bulan tanpa menjadi ahli Pas.

“Jadi, saya dituduh lompat parti pada waktu itu sehingga menjadi terkenal dengan gelaran katak, raja katak dan macam-macam penghinaan saya terima,” ujar beliau.

Namun, katanya, masa berlalu, yang mana selepas PRU14, sebahagian Ahli Parlimen termasuk yang menggelarnya katak, turut lompat parti.

Akhir sekali, gelaran katak itu terkena batang hidung sendiri, tetapi cara mereka lebih jijik daripadanya kerana lompat parti secara sukarela disebabkan kejar kuasa dan mencari kedudukan.

“Kita tengok, pada awal kejatuhan PH, yang lompat menyertai Bersatu di kalangan Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“Kemudian awal sebelum itu, beberapa Ahli Parlimen UMNO lompat. Terawal sekali Mustapa Mohamed yang sebelum ini dihebohkan sebagai pemimpin terbaik, berbudi pekerti, bermoral, tapi akhir sekali dia tunjuk siapa dia sebenar.

“Mereka lompat sebab UMNO kalah, tak boleh jadi menteri, masuk Bersatu untuk selamatkan diri daripada didakwa pihak berkuasa atas kes tertentu yang banyak kali Datuk Seri Najib Razak sebut,” katanya.

Sumber : https://malaysiagazette.com/2022/04/09/presiden-parti-akan-jadi-diktator-jika-akta-anti-lompat-parti-dibuat-tak-kena-cara-tok-him/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.