Berita PUTRA

PERUTUSAN DATO’ PADUKA DR. IBRAHIM ALI, SEMPENA HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) YANG KE-4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, hari ini dengan izin Allah S.W.T. kita berpeluang menyambut ulangtahun Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) buat kali yang ke-4. Dalam usia 4 tahun, PUTRA menempuh pelbagai cabaran menongkah arus gelombang politik yang tiada pasang surut. Inilah parti politik yang tegap dengan prinsip perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) atas dukungan Nasionalisme Kebangsaan menjunjung dan berpegang teguh kepada Syariat Islam.

Bukanlah mudah sebagai parti baru dalam persada politik Malaysia yang didominasi oleh parti-parti yang sudah lama bertapak. Segregasi Bangsa Melayu mengikut fahaman dan taksub kepada parti politik yang bersaing sesama sendiri menjadikan kuasa politik Melayu semakin terhakis. Parti-parti Melayu dan Islam yang sekian lama dianggap keramat itu, sudah menyimpang jauh daripada teras perjuangan untuk Melayu dan Islam. Tonggak kepimpinan yang bersifat munafik itu bersekongkol pula dengan mereka yang berfahaman liberal berselindung disebalik nama “Perpaduan”.

Dewasa ini rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, tidak amanah, tiada integriti, tidak berakhlak. Berpecah kerana hipokrit, mengikut nafsu serakah, mengejar jawatan dan kekayaan, bagaikan sebatian amalan dalam pentadbiran dan politik yang sinonim dengan Bangsa Melayu. Kemelut Bangsa Melayu yang lemas di bumi asal sendiri kian parah apabila kuasa politik dikuasai oleh mereka yang berfahaman liberal. Pemimpin Melayu Islam menang sorak, tapi kampung tergadai.

Akibatnya, Bangsa Melayu hancur dan Islam terhina kerana pemimpin terdiri dari golongan munafik. Maka berlakulah perpecahan dan, na’uzubillah, terjumus ke jurang keruntuhan sebuah lagi kerajaan Melayu atau Islam seperti mana yang tercatit dalam lipatan sejarah peradaban dunia. Kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan Turki Uthmaniyyah merupakan kerajaan-kerajaan yang hebat – bertahan beratus tahun, namun pada zaman terakhir sebelum kerajaan itu ranap, semua sifat-sifat buruk yang saya sebut di atas ada pada kepimpinan kerajaan-kerajaan yang agung itu.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan ulangtahun penubuhan parti PUTRA kali ke-4

Walaubagaimanapun, di sini saya ingin memetik sepotong ungkapan Ibnu Khaldun dalam kitabnya yang terkenal, al-Muqaddimah:
“Sepanjang sejarah, banyak negara telah mengalami kekalahan fizikal, tetapi itu tidak pernah menandakan berakhirnya sesebuah negara. Tetapi apabila sesebuah negara telah menjadi mangsa kekalahan psikologi, maka itu menandakan berakhirnya sesebuah negara.”

Ertinya, walau separah mana pun kegawatan dan kepincangan yang sedang melanda Bangsa Melayu hari ini, kita jangan sekali-kali tewas dari segi psikologi. Khususnya kepada golongan muda ahli-ahli PUTRA, jangan berserah kalah. Kuatkan psikologi dan terus berjuang.

Sepatah kata Buya HAMKA:
“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

Dan ini pesanan Tok Him pula:
“Kita tidak akan gagal, selagi kita tidak berhenti mencuba. Perjuangan PUTRA adalah Perjuangan Tanpa Noktah untuk yang cekal dan sedia berkorban bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Nasionalisme Melayu Islam dan bukan setakat untuk anak bangsa yang tercicir sahaja.”

Bagi PUTRA, perjuangan yang sangat sukar dan kompleks ini adalah satu jihad fisabilillah untuk menegak kebenaran dan keadilan serta menentang kemungkaran. Pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan ahli-ahli dan barisan kepimpinan PUTRA, bahawa prinsip perjuangan kita adalah berteraskan keikhlasan, berintegriti, bermoral, bersih dan telus. Jangan sekali-kali kita lupa dan abai teras prinsip perjuangan PUTRA ini.

Terutamanya kepada kepimpinan PUTRA, suka saya sarankan agar anda cerminlah diri selalu. Seandai terasa tercemar atau tersimpang dari prinsip perjuangan yang saya tegaskan di atas, anda ada dua pilihan – sama ada segera bersihkan diri atau sila tinggalkan barisan kepimpinan PUTRA. Tiada gunanya kita berjuang membenteras kebobrokan ahli-ahli dan pemimpin parti lawan, sedangkan diri kita pun sama. Air Musta’mal dan Mutanajjis tidak boleh membersihkan najis.

Akhirul kalam, saya ingin merumuskan Perutusan ini dengan serangkap puisi Inggeris: “Straight is the line of duty. The Curve is the line of beauty, If thou follow the straight line, the curve shalt follow thee.” (Lurus adalah garis tugas. Lengkung adalah garis keindahan, Jika anda mengikuti garis lurus, lengkung akan mengikuti mu).

Sekian. Terima kasih.

Dato Paduka Ibrahim Ali
Presiden PUTRA

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.