Berita PUTRA

Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar – Wiranita Putra

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa pelantikan Latheefa Koya sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Wiranita Putra, Intan Rahmah Ali berkata, Wiranita curiga dengan pelantikan Latheefa yang tidak sehaluan dengan Anwar yang juga Presiden PKR.

“Wiranita Putra percaya pelantikan Latheefa Koya pasti mengundang kritikan dari masyarakat dan orang ramai.

“Apakah ianya lantikan berdasarkan merit dan memenuhi tanggungjawab moral bukan kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Sama sama kita tunggu dan lihat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Intan Rahmah juga berkata, Wiranita Putra turut curiga dengan keputusan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.

“Adakah ada tekanan hingga menyebabkan beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal dari yang sepatutnya,” katanya lagi.

Selain itu, Intan Rahmah menegaskan, Wiranita Putra akan memantau Latheefa Koya bagi memastikan SPRM bersikap adil dalam menjalankan siasatan dan tidak menumpu kepada target terpilih atau ada jerung yang terlepas.

Kata beliau, Wiranita Putra juga mempertikaikan pelantikan Latheefa yang dibuat tanpa merujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Lebih mengejutkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, YB William Leong memberitahu media, pelantikan tersebut tidak dibuat melaui jawatankuasa tersebut.

“Malah Leong juga berkata kepada media bahawa pelantikan Latheefa tidak sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu lantikan yang bebas politik,” katanya.

Pada Selasa, kerajaan memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.

Kontrak Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelantikan-latheefa-beri-isyarat-pertembungan-pasukan-tun-m-dan-anwar-wiranita-putra-209373

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.