Berita PUTRA

Muhyiddin hilang sokongan, lantik PM interim tadbir kerajaan – Tok Him

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen selepas tiga Ahli Parlimen dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan diambil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob; dan terbaharu Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, menyaksikan Muhyiddin hilang kelayakan untuk mentadbir negara sebagai Perdana Menteri bersama Kabinetnya.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, berikutan itu, seorang tokoh baharu mesti dilantik sebagai Perdana Menteri interim bagi menggantikan tempat Muhyiddin.

“Beliau sudah hilang integriti dan kewibawan kerana kepimpinannya sudah hilang majoriti. Sekarang Yang di-Pertuan Agong mesti melantik tokoh berwibawa dan boleh diterima semua lapisan rakyat dan parti politik untuk mentadbir secara sementara.

“Ini mesti dilakukan dengan penyusunan semula anggota Kabinet yang dinamakan Majlis Kabinet Interim,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Petang tadi, Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas mengumumkan menarik sokongannya terhadao Muhyiddin selaku Perdana Menteri kerajaan PN.

Dengan penarikan sokongan itu, kerajaan sekarang hilang majoriti Ahli Parlimen dengan mempunyai 109 kerusi, manakala blok pembangkang 110 kerusi.

Mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dan diumumkan Muhyiddin pagi tadi, Dr. Ibrahim berkata, Putra mengambil maklum dan menjunjung kasih perkenan Tuanku yang dibuat bagi tujuan menangani penularan Covid-19.

“Memang sebelum ini kita mencadangkan peristiharan darurat sebagai salah satu pilihan bukan sahaja menangani Covid-19, tetapi juga kemelut krisis kepimpinan politik negara yang terus meruncing.

“Kita tengok ekonomi merudum menjunam, isu perkauman yang masih mendidih dan dasar-dasar nasional yang terus berkecamuk.

“Dengan perisytiharan darurat ala darirat 13 Mei 1969 ini, kerajaan perlu menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dengan melantik seorang tokoh berwibawa sebagai menjadi Pengarah Mageran,” katanya.

Beliau turut menyatakan, bagi menghilangkan keresahan rakyat dan pelbagai persepsi terhadap perisytiharan darurat itu, pilihan yang patut dipertimbangkan ialah mengisytiharkan darurat penuh dengan menubuhkan Mageran.

“Jika tidak, perisytiharan darurat hari ini akan dilabelkan sebagai helah untuk tali hayat politik.

“Ini memberi kesan buruk kepada negara termasuk persepsi dunia antarabangsa, selain pelabur akan terus lari dari Malaysia yang berada seperti telur di hujung tanduk,” katanya.

Sumber : https://malaysiagazette.com/2021/01/12/muhyiddin-hilang-sokongan-lantik-pm-interim-tadbir-kerajaan-tok-him/?fbclid=IwAR3GdGZnxn9pahnII1lyTqHIiEbHSQt0FoeNRSUH32U-4nipeYQuTDL8bzQ

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.