MB Perak Wajib Bertanggungjawab Hutan Simpan Dicemar Aktiviti Pembalakan dan Kuari
PERAK – “Sedih dan sayu melihat kerakusan terhadap Khazanah Alam, demikian ungkapan Datuk Hamidah Osman, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) ketika melawat Hutan Simpan Segari Melintang hari ini.
Kawasan air terjun tujuh tingkat ini yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong berkelah kini tinggal sejarah apabila aktiviti pembalakan dan kuari yang diluluskan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) telah membuatkan ia tercemar.
Hakisan tanah telah menutupi kawasan yang dahulunya indah
“Siapakah yang boleh kita sandarkan harapan untuk menjaga anugerah alam sekitar ini jika pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa sendiri yang memperkosa bumi ini, katanya.
“Projek ini diluluskan oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc)
“Menteri Besar Perak perlu bertanggungjawab. Kita mohon kerajaan negeri tolong tengok balik semua projek-projek yang diluluskan sebelum ini.
“Kalau terlambat, keadaan terus macam ni, nasi dah jadi bubur, dah jahanam dan tak boleh buat apa. Takkan nak tunggu ada aduan, setelah viral baru nak ambil tindakan, katanya.
“Pelihara khazanah alam di bumi Perak untuk generasi akan datang. Semak segala projek yang sedang dijalankan dan saya harap jangan tunggu dah jahanam baru nak datang lihat dan turun padang.
Bantu saya utk SELAMATKAN BUMI PERAK