Berita PUTRA

Mahkamah Jalan Duta “Kes Kampung Setia Jaya”

19 Disember 2023, Selasa | Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali, Presiden PUTRA hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk pendengaran kes berkenaan kes penduduk Kampung Setia Jaya, Kuala Lumpur yang diusir keluar dari rumah kediaman mereka atas arahan dari pihak TAR University College.

Turut hadir Datuk Dr Aziz Jamaludin, Timbalan Presiden; Saudara Shahrulufti, Ketua Penerangan; Saudara Nasrul Ali Hasan, Ketua Wira Putra; Nurhafizah Jamalludin, Ketua Wirawati; dan Dr. Izwan Zainal, ADT.