Berita PUTRA

LETAK JAWATAN JIKA GAGAL PACU EKONOMI NEGARA

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PUTRA MALAYSIA (PUTRA)

16 Januari 2021 | 3 Jamadilakhir 1442H

  1. Merujuk rencana daripada portal Free Malaysia Today, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Halim Hussain mengenai penutupan kilang Sony di Perai akan menyebabkan hampir 3,400 pekerja akan diberhentikan atau kehilangan kerja. 1,800 daripadanya merupakan penduduk tempatan dan selebihnya adalah warga asing.

Rujuk pautan; www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/sony-akan-tutup-kilang-di-p-pinang-selepas-36-tahun-3400-pekerja-terjejas/

  1. Sangat mendukacitakan kerana Tahun Baru 2021 baharu sahaja bermula tidak sampai sebulan, namun sudah ramai yang kehilangan pekerjaan akibat penutupan syarikat. Bajet yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini diuar-uarkan kononnya mampu merancakkan ekonomi pada 2021 mula menampakkan kegagalan apabila kilang SONY ini ditutup. Persoalannya adalah selepas ini berapa ramai lagi pekerja tempatan akan kehilangan pekerjaan? Apakah solusi yang telah dilakukan kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran yang berlaku ini?
  2. Tidak lupa juga bahawa kerajaan telah kehilangan beberapa bilion ringgit melalui pelaburan langsung asing (FDI) bila syarikat ‘multinational’ seperti ini ditutup. Kerajaan sepatutnya berbincang dengan pihak SONY untuk mengekalkan perniagaan mereka di negara ini agar mereka dapat terus melabur di Malaysia. Bukan sahaja SONY tidak yakin bahkan ramai pelabur daripada luar turut enggan melabur di Malaysia akibat ketidakstabilan politik dan ekonomi negara ketika ini. Sekaligus menunjukkan kegagalan kerajaan untuk berunding bahkan mewujudkan ruang untuk pelabur luar masuk melabur di dalam negara kita.
  3. Pada tahun 2020, Malaysia telah hilang banyak pelaburan. Walaupun dalam keadaan COVID-19, negara jiran kita iaitu Indonesia telah BERJAYA menarik pelabur luar antaranya Hyundai sebanyak RM4.02 billion, Amazon sebanyak RM10.0 billion dan LG Chem sebanyak RM39.37 billion. Bagi PUTRA ini adalah kegagalan yang besar bagi pihak kerajaan terutama pihak Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi yang gagal menarik pelabur untuk melabur dan mewujudkan ruang pekerjaan di negara kita.
  4. PUTRA mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi Azmin Ali agar memujuk semula pihak SONY untuk mengekalkan kilang meraka di Malaysia agar rakyat tempatan dapat meneruskan pekerjaan dan menjamin pendapatan mereka ketika musibah COVID-19 melanda negara. Jikalau gagal, maka letak sahajalah jawatan dan berikan kepada orang yang lebih layak untuk memacu ekonomi negara.

Sekian.

PUTRA PERKASA NEGARA

Ashraf Bin Rosli
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.