Berita PUTRA

Laporan polis terhadap YB Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas

KUALA LUMPUR, 4 Jan 2024 – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ngeh Koo Ham yang didakwa mencampuri urusan hal ehawal agama Islam hingga menimbulkan ketidaktenteraman dikalangan rakyat.

Dalam laporan polis tersebut, Ketua Penerangan Putra, Mohamad Shahrulutfi Mohamad Sharif berkata, kenyataan Ngeh adalah berunsur hasutan dan provokasi antara agama dan kaum.

“Saya dapati (kenyataan Ngeh) berunsur hasutan serta cubaan provokasi antara agama dan kaum yang dibuat oleh Ngeh Koo Ham iaitu Ahli parlimen Beruas di media sosial dan portal berita.

“Saya merasakan kenyataan-kenyataan ini adalah menghina, menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam di Malaysia.

Menurut Shahrulutfi, kenyataan tersebut juga mencabar atau mempertikai hak agama Islam, ini juga bermaksud mencabar serta menghina kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu selaku ketua agama Islam.

“Saya juga bimbang bahawa kenyataan-kenyataan ini boleh menjejaskan keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.

“Oleh itu, tujuan saya membuat laporan polis terhadap Ngeh Koo Ham ini agar pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat, mendakwa dan mengambil tindakan tegas kerana telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keharmonian dan keselamatan awam.

Sebelum ini, Peguam Haniff Khatri telah mengesyorkan pihak polis untuk membuka kertas siasatan terhadap Ngeh Koo Ham susulan cadangan berkenaan Ahli Parlimen Beruas supaya pakar dalam kalangan bukan Islam dilantik untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Menurut Haniff, ia kerana cadangan itu seolah-olah menunjukkan Ahli Parlimen Beruas terbabit cuba mencampuri undang-undang Mahkamah Syariah, meskipun ia sama sekali tidak membabitkan mana-mana golongan bukan Islam. – malayadaily.com

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.