Berita PUTRA

KWSP jangan berlebihan buat syarat, i-Sinar bukan bantuan kerajaan

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan muflis sekiranya mengeluarkan simpanan dari akaun 1 sebanyak RM10,000.

Lagipun, ramai pencarum berkemampuan tidak akan mengeluarkan simpanan, melainkan bagi golongan yang benar-benar terdesak memerlukan kewangan sahaja.

Justeru, Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli meminta kerajaan menarik balik semua syarat yang dikenakan sebelum ini, kerana menyukarkan rakyat untuk mendapatkan wang mereka sendiri.

“Saya suka dan kagum dengan kesungguhan pengurusan KWSP membuat pelbagai kriteria serta info grafik. Saya ada cadangan sangat mudah, buka sahaja secara automatik.

“Semua permohonan hanya perlu bukti pengesahan sebagai ahli KWSP sahaja untuk i-Sinar. Harap segerakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr. Asmah berkata, bukan semua ahli mahu atau teringin memohon untuk memgeluarkan wang mereka.

Malah, mereka selaku pencarum lebih bijak memahami status kewangan.

“Individu yang mampu tidak akan sama sekali terfikir untuk mengusik simpanan hari tua mereka. Rakyat semakin bijaklah.

“Individu yang memohon adalah mereka yang benar-benar memerlukan wang caruman sendiri untuk apa sahaja keperluan dan tanggungan. Wang mereka hak mereka.

“Ini bukan pinjaman bank, juga bukan bantuan kerajaan, tidak perlu bersusah payah berlebih-lebih mengadakan syarat seolah-olah memanipulasi ini seperti sebuah pinjaman. Kasihan rakyat,” katanya.

Kata beliau, rakyat bekerja dan berpendapatan, mereka boleh terus mencarum semula selepas ini, apa masalahnya.

“Masalahnya bila rakyat hendak menggunakan wang sendiri, tetapi bagaikan ingin meminjam meminta sedekah pula.

“Lebih bermasalah kalau ada yang bunuh diri, gadai segala harta benda hanya kerana jalan untuk menggunakan akaun 1 dihalang oleh mereka yang mentadbir.

“Jangan main-main dengan masalah kewangan, rumah tangga boleh hancur. Janganlah susahkan benda mudah. Melainkan benda itu “tiada”,” ujarnya.

Beliau turut kecewa apabila, i-Sinar hanya boleh dimohon akhir Disember ini, sedangkan rakyat hendak menggunakan wang itu sekarang.

Sumber : https://malaysiagazette.com/2020/12/08/kwsp-jangan-berlebihan-buat-syarat-i-sinar-bukan-bantuan-kerajaan/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.