Berita PUTRA

Kongres Ekonomi Melayu: Wakil Putra harap ada anjakan baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jan 2024 – Kongres Ekonomi Melayu yang dijadual berlangsung minggu depan, perlu ada satu anjakan dan dimensi baharu supaya kekayaan negara diagih berdasarkan kek ekonomi yang mengutamakan bumiputera sebagai pemacu kepada ekonomi negara.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Sara Hidup Parti Putra, Dr. Mohamad Izwan Zainal berkata, ilmu merupakan perkara pokok yang boleh mengubah sesuatu perkara daripada tidak baik kepada baik, miskin kepada kaya, susah kepada senang dan sakit kepada sihat.

Tetapi, jelas beliau, ilmu sahaja tidak mencukupi jika tidak mendapat sokongan kerajaan dari segi polisi bagi membantu menaikkan taraf dan pendapatan orang Melayu.

Katanya, jika polisi yang diwujudkan itu tidak mesra, hanya untuk mengekang dengan sekadar “Oh polisi kita ada”, tetapi menjadi kesukaran kepada orang Melayu untuk memenuhinya, kelihatan ia hanya retorik politik.

“Justeru, kongres ini perlu menyediakan satu blueprint yang jelas untuk tempoh 10 tahun dari sekarang, berapa dan apakah sasaran penting dengan adanya pelaksanaan program pembangunan khususnya untuk orang Melayu bagi memastikan pendapatan golongan ini meningkat.

“Kita kena faham, kuasa membeli tertinggi di Malaysia adalah dari kalangan orang Melayu yang menguasai 70 peratus jumlah penduduk dan kesan positif akan diterima oleh kaum lain berdasarkan kepada Teori Domino,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kesan lain pula adalah KDNK negara bagi segmen pendapatan rakyat akan meningkat.

Jelas Dr. Mohamad Izwan, andai kata sebaliknya berlaku, sekiranya ekonomi Melayu ini tidak dinaiktaraf, kesannya adalah kepada negara keseluruhannya.

Katanya lagi, melihat keadaan semasa ekonomi, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang yang mana kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan gagal menanganinya, di samping pendapatan yang terhad untuk tempoh lima tahun mendatang.

“Melalui polisi kerajaan seperti mewujudkan peluang dan ruang dalam bidang keusahawanan, memberikan geran khas kepada orang Melayu terbukti produk atau servis mereka boleh berada dalam pasaran tempatan yang lebih luas dan global secara bersasar.

“Selain itu, dana sebanyak RM100 bilion perlu diwujudkan untuk program pemilikan lot kedai dengan kadar pinjaman 100 peratus. Ini bagi mewujudkan pesaingan masyarakat Melayu dalam bandar dan kesannya nanti adalah pertambahan equiti tanah di kalangan orang Melayu.

“Saya yakin, orang Melayu sememangnya tidak lekang dengan kepakaran yang ada, namun adanya bantuan kerajaan dengan polisi yang jelas untuk membantu secara ikhlas dan tanpa prejudis, Kongress Ekonomi Melayu akan lebih bermakna,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penganjur, agar ia bukan sekadar kongres, tetapi mesti ada makna, matlamat dan keberkesanannya.

“Jangan lagi menang sorak kampung tergadai atau sekadar psikologi untuk mendapat sokongan politik dari orang Melayu. Fakta PRU15 yang lalui menunjukkan majoriti orang Melayu menolak Pakatan Harapan (PH) dan UMNO,” kata beliau. – MalayaDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.