Berita PUTRA

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Berkaitan Saman Perlucutan SPRM Terhadap 41 Individu, Kumpulan Dan Entiti Berkaitan Dana 1MDB

  1. Berdasarkan kepada Kenyataan Media KP SPRM, Saman Pemula telah di failkan terhadap 41 individu, kumpulan dan entiti untuk melucut hak Wang berjumlah keseluruhan RM270 juta yang di terima oleh kesemua individu dan entiti berkenaan daripada Sumber akaun AmBank Dato Seri Najib Tun Razak yang di percayai SPRM daripada Sumber 1MDB yang di anggap “Wang haram” oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Menurut Akta AMLA, hanya “syak yang munasabah” (reasonable suspicious) oleh Pendakwaraya adalah memadai untuk memfailkan Saman Perlucuthak ini. Ini bermaksud Pendakwaraya tidak perlu membuktikan Wang itu adalah Wang haram sebelum memfailkan tindakan ini sehingga lah ianya di nafikan oleh pihak yang di saman bahawa Wang itu adalah di perolehi secara sah mengikut undang-undang.
  3. Di sebabkan permohonan yang di buat SPRM ini bukan satu permohonan jenayah, maka tidak wujud istilah beban pembuktian kepada pihak yang menuntut melainkan kedua-dua pihak hendaklah mengemukakan keterangan afidavit masing-masing berkaitan Wang berkenaan untuk pertimbangan Mahkamah samada Wang itu boleh di rampas oleh Kerajaan atau tidak.
  4. Masalah yang mungkin timbul adalah Wang itu telah habis di gunakan oleh kesemua 41 individu dan entiti. Jadi jika Mahkamah mengarahkan untuk Wang itu di kembalikan kepada Kerajaan, dalam keadaan kesemua individu, kumpulan dan entiti berkaitan tidak mampu memulangkan Jumlah Wang yang mahu di rampas, maka kesemua mereka berisiko untuk di bankrap kan, di batalkan pendaftaran dan di gulungkan.
  5. PUTRA melihat terdapat asas undang-undang yang baik untuk kedua-dua pihak, samada pihak yang menuntut atau pihak yang di tuntut untuk berjaya dalam kes masing-masing dan terserahlah kepada Peguam masing-masing pihak untuk Menjaga kepentingan undang-undang anakguam masing-masing.
  6. PUTRA menentang sebarang penyelewengan oleh pihak Kerajaan tak kira Kerajaan BN atau Kerajaan PH.
  7. Sekiranya terbukti di Mahkamah nanti bahawa Wang dari Sumber 1MDB berkenaan adalah milik Negara yang di selewengkan oleh Kerajaan terdahulu, PUTRA Menyokong penuh tindakan Kerajaan sekarang untuk mendapatkan semula Wang milik rakyat yang di uruskan oleh Kerajaan.
  8. Pada masa yang sama, PUTRA mengutuk sebarang penyalahgunaan Akta AMLA oleh pihak Kerajaan jika ianya di gunakan semata-mata untuk tujuan menyiksa dengan cara membekukan akaun Bank musuh politik kerajaan atau di jadikan alasan nanti untuk membankrapkan, mengharamkan penubuhan atau menggulung syarikat-syarikat yang Mungkin menerima Wang berkenaan secara bona fide daripada Sumber.
  9. Samada Akta AMLA ini di salah guna atau tidak seperti di perenggan 7 dan 8 di atas, keputusan kes saman Sivil SPRM ini nanti akan mendedahkan semuanya.
  10. PUTRA juga mendesak agar pihak Peguam Negara segera mendakwa mana-mana pihak berkaitan isu 1MDB yang sehingga Kini tiada suatu pendakwaan pun di buat lagi walaupun telah lebih 1 tahun Kerajaan PH memerintah Persekutuan.
  11. Kegagalan Kerajaan segera mengheret Penjenayah 1MDB ke muka Pengadilan hanya menyebabkan pihak-pihak lain (seperti 41 individu dan entiti ini) menjadi mangsa keadaan sedangkan Penjenayah yang di kaitkan dengan skandal 1MDB masih belum di dakwa dan selagi belum di sabit kan bersalah oleh Mahkamah maka belum terbukti Wang 1MDB itu adalah Wang dari Sumber haram.
  12. Oleh itu, PUTRA akan memantau rapat segala prosiding Mahkamah berkaitan saman Perlucuthak oleh SPRM ini dan akan terus lantang menegur jika ada kelihatan sebarang elemen penindasan tidak wajar terhadap musuh politik.
  13. Jika RM270 juta berkenaan benar-benar Wang rakyat yang di selewengkan oleh Kerajaan terdahulu, maka PUTRA merezabkan pujian terhadap Kerajaan hari ini, tertakluk kepada keputusan Mahkamah kemudiannya.

Sekian terima kasih.

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang PUTRA