Berita PUTRA

Kecilkan kapasiti kementerian untuk jimat duit rakyat – Ketua Wira PUTRA

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wira Putra mencadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecilkan jumlah anggota Kabinet dengan mengekalkan kementerian lebih penting sahaja bagi menjimatkan perbelanjaan wang rakyat.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, dengan jumlah kementerian yang terhad, sekurang-kurangnya kerajaan dapat menjimatkan jutaan ringgit setiap bulan dari membayar gaji menteri dan timbalan menteri yang tidak ada fungsi penting.

Kata beliau, wang itu boleh disalurkan untuk perkara yang lebih utama seperti memberi imbuhan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas tidak kira masa, keselamatan dan kesihatan diri dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

“Ini juga bagi mengelakkan ada dalam kalangan menteri dan timbalan menteri yang kementerian tiada fungsi penting makan gaji buta, tiada kerja atau tugas selari dalam tempoh pengisytiharan darurat ini.

“Sedangkan rakyat lebih memerlukan bantuan secukupnya dari kerajaan kerana hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat,” katanya di sini, semalam.

Beliau juga turut mencadangkan menteri dan timbalan menteri serta duta bertaraf menteri membuat pemotongan gaji sehingga 25 peratus setiap bulan sepanjang tempoh darurat ini, sebagai tanda cakna dan prihatin mereka kepada rakyat.

Menurut Nasrul Ali Hasan, Wira Putra mempersoalkan kenapa jawatankuasa khas yang dijanjikan kerajaan belum ditubuhkan walaupun PKP 2.0 dan darurat sudah masuk hari kelima.

“Jawatankuasa khas ini hendaklah dilantik di kalangan pakar dalam pengurusan kesihatan, pembangunan ekonomi dan pendapatan isi rumah serta kawalan barang keperluan rakyat,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Parlimen digantung dan tidak boleh bersidang, sedangkan Jemaah Menteri masih berfungsi seperti biasa dengan menerima gaji penuh setiap bulan.

“Begitu juga mahkamah, dibenarkan menjalankan fungsi setiap hari, sedangkan Parlimen yang tidak bersidang hari-hari, tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Putra, Ashraf Rosli menyatakan rasa terkejut dengan penutupan kilang Sony di Perai, Pulau Pinang, yang menyaksikan seramai 3,400 orang diberhentikan.

Ujarnya, walaupun tahun 2021 baharu memasuki minggu kedua, sudah ribuan rakyat tempatan hilang pekerjaan dan bajet yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini gagal membantu merancakkan ekonomi negara.

“Persoalannya, berapa ramai lagi pekerja tempatan akan kehilangan pekerjaan? Apakah solusi dilakukan kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran yang semakin meningkat ini?

“Kerajaan juga menanggung kehilangan berbilion ringgit melalui pelaburan langsung asing (FDI) apabila syarikat Sony itu tutup. Ini menunjukkan syarikat itu tidak yakin dengan kerajaan Malaysia akibat ketidakstabilan politik dan ekonomi,” katanya.

Menurut Ashraf, sepanjang tahun lalu, Malaysia telah hilang banyak pelaburan, walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19, negara jiran Indonesia berjaya menarik pelabur luar seperti Hyundai sebanyak RM4.02 bilion, Amazon (RM10 bilion) dan LG Chem (RM39.37 bilion).

Bagi Putra, ini adalah kegagalan yang besar bagi kerajaan terutama Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menarik pelabur dan mewujudkan ruang pekerjaan di negara ini.

Beliau mendesak Muhyiddin dan Mohamed Azmin agar memujuk semula pihak Sony supaya mengekalkan kilang itu di Malaysia bagi memastikan rakyat tempatan dapat meneruskan pekerjaan dan menjamin pendapatan mereka ketika musibah Covid-19.

Sumber : https://malaysiagazette.com/2021/01/17/kecilkan-kapasiti-kementerian-untuk-jimat-duit-rakyat-wira-putra/