Berita PUTRA

Hak Pemilikan Kampung Setia Jaya: Keputusan Tak Adil

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan pemilikan Kampung Setia Jaya kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) disifatkan sebagai tidak adil.

Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata demikian sambil menambah bahawa kerana penduduk kampung tersebut perlu diberikan peluang untuk budi bicara oleh pihak mahkamah itu sendiri.

Menurutnya, dalam sistem mahkamah itu sendiri sepatutnya penduduk kawasan tersebut diberikan peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Namun dalam kes ini, perkara tersebut tidak berlaku dan terus beri keputusan Kampung Setia Jaya jadi milik KTAR dan bukan milik penduduk itu sendiri yang mana ini sememangnya tidak adil,” katanya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, penduduk Kampung Setia Jaya itu sendiri telah memohon tanah tersebut jauh lebih awal lagi berbanding dengan pihak KTAR tetapi tidak dipertimbangkan oleh mahkamah.

Kata beliau lagi, ini merupakan satu penindasan kepada penduduk kampung itu sendiri kerana tiada peluang perbicaraan diberikan oleh pihak mahkamah itu sendiri.

“Jadi, peguam penduduk kampung ini akan membuat rayuan di mahkamah rayuan dan saya bersama-sama parti PUTRA akan mohon menjadi pencelah dalam kes ini juga,” ujarnya.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.