Berita PUTRA

Dr. Teo ada semangat Tok Janggut – Tok Him

KUALA LUMPUR – Parti Putra kagum dengan semangat kebangsaan yang ada dalam diri Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, sikap berani ahli akademik itu mempertikaikan kewujudan dan fungsi sekolah vernakular berdasarkan sejarah dan fakta patut dicontohi kaum lain yang berada di negara ini.

“Pertama sekali Putra nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Prof Dr. Teo atas keberaniannya bersuara berpaksikan sejarah dan kekuatan intelek sebagai seorang tokoh akademik dan ilmuan.

“Yang menjadikannya sebagai tokoh akademik luar biasa ialah beliau keturunan Cina, tetapi bercakap soal isu sekolah vernakular.

“Sudah tentu beliau dikecam oleh parti politik dan pemimpin rasis dari bangsanya sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa polis menyiasat Dr. Teo kok Seong berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.

Teresa Kok mempersoalkan mengapa Dr. Teo Kok Seong tidak disiasat dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua.

Mengulas lanjut, Dr. Ibrahim menegaskan, Putra akan mempertahankan pendirian ahli akademik itu yang mempunyai sikap luar biasa dalam pendiriannya menyuarakan kebenaran walaupun pahit.

“Belum ada Prof Melayu yang berani bercakap seperti Prof Dr. Teo Kok Seong. Dia seolah ada roh semangat Tok Janggut,” katanya. – NasionalDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.