Berita PUTRA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menyifatkan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini sebagai Kongres Malaysian Malaysia.

Presiden Parti Putra, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menyifatkan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini sebagai Kongres Malaysian Malaysia.

Dalam satu komentar kepada malayadaily, Ibrahim Ali berkata kongres tersebut dibentuk melalui struktur yang diatur lebih awal yang berbeza dengan keterbukaan kongres yang pernah diadakan sebelum ini.

“Kongres ini di kawal melalui structure yang diatur lebih awal.”

“Amat berbeza dengan keterbukaan Kongres Bumiputera sebelum ini. Rumusan saya, kongres ini sudah diatur secara halus, saya namakan Kongres Malaysian Malaysia” Katanya.

Menurut beliau, format kongres ini tidak memberi ruang kepada perbincangan terbuka dan telus, sebaliknya pembentangan hanya berbentuk syarahan dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan GLC lantikan Kerajaan.

“Hanya ada seorang dua sahaja dari tokoh perniagaan yang tidak terikat dengan kerajaan atau menjaga kepentingan parti atau Kerajaan”

“Perserta inklusif tapi pembicara atau yang bercakap tidak inklusif merentasi parti dan atau tokoh-tokoh akedemik atau profesional yang bebas dari ikatan dengan kerajaan” Ujarnya.

Ibrahim Ali menambah bahawa pembentangan begitu umum sifatnya dan seperti melaporkan hal topik yang ditentukan dan tidak banyak ada cadangan yang dikemukakan.

“Paling sedih peserta tidak ada ruang untuk buat cadangan secara terbuka”

“Soalan-soalan hanya secara bertulis dan ditapis”

“Wakil Putra hantar soalan tapi ditolak. Putra hantar 10 orang terdiri daripada Pimpinan Kanan dan JK Biro Ekonomi Putra.” Katanya.

Ibrahim merumuskan bahawa beliau kecewa dengan KEB 2024 yang dianggap lebih mementingkan hal politik dan tidak ikhlas.

KEB dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, ia bertujuan untuk menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera, program tersebut akan berakhir hari ini. – malayadaily.com

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.