Berita PUTRA

Azmin Disaran Saman Haziq

KUALA LUMPUR, 14 Jun – 1. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengambil maklum berkaitan penyebaran klip video berkenaan yang menjadi tular dalam media sosial sejak beberapa hari yang lepas.

  1. Putra juga mengambil maklum bahawa seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz an bersumpah bahawa beliau adalah salah seorang pelaku dalam video lucah berkenaan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Ekonomi dalam kabinet Kerajaan PH.
  2. Putra juga mengambil maklum bahawa Datuk Seri Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan penglibatan beliau di dalam video tersebut dan menuduh bahawa Haziq Abdullah berkenaan telah di peralatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memfitnah dan merosakkan kerjaya politik beliau.
  3. Putra mengambil maklum bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ketika mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR pada 12 Jun 2019 telah mengeluarkan kenyataan menolak politik kotor sebegini sebagai ketinggalan zaman.
  4. Putra juga mengambil maklum bahawa Haziq Abdullah berkenaan telah membuat laporan polis bahawa dirinya telah di ugut selepas membuat pengakuan berkenaan sambil mendedahkan bahawa terdapat beberapa kejadian liwat lagi antara beliau dengan Datuk Seri Azmin Ali.
  5. Putra dengan ini berpendapat bahawa kes ini adalah peluang kepada pihak polis dan SPRM untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kedua-dua agensi ini adalah professional dan berkaliber untuk menyiasat Sumber penyebaran video, motif penyebaran dan yang paling penting menyiasat ketulenan rakaman video berkenaan termasuk merakamkan percakapan Kedua-dua individu yang di kaitkan dengan video berkenaan.
  6. Putra juga mendesak agar Datuk Seri Azmin Ali agar bercuti sementara dari tugas rasmi beliau bagi membolehkan badan-badan penyiasatan ini menjalankan tugas mereka tanpa rasa gentar sepertimana saranan yang biasa di buat oleh beliau ketika menjadi pemimpin Pembangkang dahulu ke atas mana-mana pemimpin Kerajaan yang sedang di siasat pihak berkuasa.
  7. Putra juga mendesak agar pihak polis dapat membuka kertas siasatan di bawah seksyen 377 A dan 377B Kanun Keseksaan dan segera menahan Haziq Abdullah berkenaan atas pengakuan perlakuan jenayah beliau.
  8. Putra juga mendesak Peguam Negara agar mendakwa Haziq Abdullah berkenaan di mahkamah atas tuduhan meliwat dan melakukan jenayah seks luar tabie kerana pengakuan beliau menunjukkan beliau bukanlah mangsa kepada jenayah liwat tersebut.
  9. Dalam perbicaraan nanti, sama ada mangsa yang di liwat itu adalah Datuk Seri Azmin atau tidak akan dapat di tentukan secara telus dan adil melalui perbicaraan penuh.
  10. Dari sudut undang-undang, tidak penting samada Datuk Seri Azmin Ali telah menjadi mangsa liwat atau tidak. Yang pentingHaziq Abdullah telah mengaku salah melakukan jenayah liwat terhadap seseorang.
  11. Dari sudut politik, Datuk Seri Azmin Ali hendaklah segera memfailkan saman fitnah ke atas Haziq Abdullah bagi membersihkan namanya dan bagi membolehkan Haziq Abdullah mendedahkan segala bukti bahawa beliau telah meliwat Datuk Seri Azmin Ali untuk di nafikan oleh menteri berkenaan.
  12. Pada masa yang sama, Putra menyeru rakyat Malaysia agar jangan berhenti mendesak Kerajaan PH agar menunaikan kesemua janji manifesto pilihanraya dan jangan mengalihkan fokus rakyat terhadap tanggungjawab Kerajaan dengan menghidangkan politik lucah seperti ini untuk menutup kelemahan kerajaan yang gagal memperbaiki taraf hidup rakyat.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz
Naib Presiden PUTRA Malaysia

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-disaran-saman-haziq-1.917531

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.