Berita PUTRA

Akta FTPA, tidak demokratik – Putra

KUALA LUMPUR, 15 Jan 2024 – Tindakan tergesa-gesa kerajaan perpaduan untuk menggubal Akta Parlimen Jangka Tetap (FTPA) Mac ini mendapat kecaman Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif menegaskan, penggubalan itu tidak wajar dan tidak demokratik, selain menjejaskan kewibawaan sistem demokrasi berparlimen dan tersirat amalan kerajaan kuku besi.

Kata beliau, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhak menentukan kedudukan sesebuah kerajaan dari semasa ke semasa dan kedudukan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Premier.

“Kami menolak penggubalan akta ini atas beberapa sebab antaranya, penubuhan undang-undang penting seperti FTPA seharusnya melibatkan konsultasi dan perbincangan yang komprehensif dengan semua pihak terlibat.

“Ini termasuklah Ahli Parlimen, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), akademik dan masyarakat umum.

“Tindakan tergesa-gesa meluluskan undang-undang ini boleh mengabaikan pandangan dan kebimbangan masyarakat serta pakar bidang berkaitan dan menjejaskan kewibawaan Parlimen serta menzahirkan kerajaan kuku besi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelas Shahrulufti lagi, sikap tergesa-gesa itu juga memberi isyarat betapa kerajaan Madani terutama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim takut kepada bayang-bayang sendiri dan mahu mengekalkan kuasa secara demokrasi kuku besi.

Sehubungan itu, Putra menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) menarik balik cadangan usul penggubalan akta itu dengan menghormati hak Ahli Parlimen dan rakyat untuk menentukan masa depan negara atas nama sistem demokrasi berparlimen.

“Kami juga menyeru rakyat Malaysia menyuarakan penentangan terhadap akta ini yang terang-terang untuk kepentingan mereka yang tamak dan gila kuasa,” katanya. – MalayaDaily

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.