๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ง, ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ง๐๐จ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐?
1. Beras Putih Tempatan (BPT) muncul kembali apabila YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemantauan dan tinjauan lebih kerap dilakukan bagi memastikan bekalan BPT mencukupi dan sampai kepada kumpulan sasaran yang miskin. Sebanyak 150,000 metrik tan akan diedarkan, katanya di Perhimpunan di Kementerian Kewangan pada 21 Mac 2024. Apapun, tunggu dan lihat ia akan muncul atau tidak.
2. Ternyata hasrat untuk memperkenalkan Beras Madani yang kontroversi nampaknya tidak menjadi.
3. Sepanjang tempoh dari September 2023 hingga masuk bulan Mac/Ramadhan 2024, rakyat kena membeli Beras Super Import (BSI) yang lebih mahal berbanding BPT.
4. Sebagai contoh, harga Beras Wangi Special SunWhite dijual RM54.88/10kg pada 10 Februari 2024. Harganya meningkat kepada RM63.99 pada 19 Februari 2024, kenaikan RM9.11 (14.24%).
5. Kini, harga Beras Super Spesial Tempatan dijual RM26.00/10kg pada 14 Mac – 21 Mac 2024, walaupun bekalannya masih sukar diperolehi.
6. Sebagai pilihan semasa tempoh kehilangan BPT, Beras Faiza Emas dibeli dengan harga RM44.40/10kg. Maknanya, pembeli telah membayar lebih RM18.40/10 kg (41.41%).
7. YB Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh transisi ini, menyatakan pada 19 Mac 2024 bahawa BSI akan turun harga RM3.00. Kedapatan menunjukkan, Beras Super Special dijual pada harga RM43.98/10kg pada 19 Februari 2024, turun kepada RM40.45/10kg pada 14 Mac 2024, penurunan RM3.53 (8%).
8. Pemantauan dan kawalan ke atas beras tempatan dan import akan memberi impak kepada kartel sebab mereka tidak lagi boleh menjual BPT dan BSI pada harga import dan mengaut untung berlebihan. DAP nampaknya kurang bersuara mengenai kartel, hairan juga.
9. Kenaikan kos sara hidup boleh dikekang bila keuntungan kartel berkurangan. Keuntungan mereka telah menurun daripada sekitar RM1,400/tan metrik kepada RM750/tan metrik. Harap ini benar. Namun waspada dengan kelicikan kartel sebab kartel tidak mendiamkan diri.
Beras oh beras!
Kami mendambakan kamu beras!
Kartel mahu menguasai kamu beras!
Penguatkuasa!, janganlah goyang kaki menghabiskan beras!
Sama sama kita pantau siapa hebat antara kerajaan Madani dan kartel..? Antara majoriti rakyat dan kepentingan segelintir kartel, kepentingan siapa yang diutamakan dengan tegas
PUTRA BERSIH & BERMORAL
PUTRA PERKASA NEGARA
Dato’ Asmawar Samat
Naib Presiden Parti Putra
Merangkap Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam PUTRA
24 Mac 2024