Berita PUTRA

๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—”๐—ฆ ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—œ๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”

Parti Putra Malaysia dengan tegas mengecam tindakan Petronas yang telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kami memandang serius isu-isu yang berkaitan dengan pengagihan kontrak dan peluang perniagaan, kesan ekonomi ke atas perniagaan tempatan, serta isu-isu regulasi dan dasar yang mempengaruhi persekitaran perniagaan di Malaysia.

1. Kontrak dan Peluang: Putra mendesak Petronas untuk mengadakan semula penilaian terhadap proses pengagihan kontrak dan tender dengan mengambil kira AGENDA EKONOMI BUMIPUTRA yang sepatutnya menjadi teras kepada semua pengagihan projek yang dilaksanakan mengikut kaedah terbaik tetapi telus dan berintegriti. Konsep samarata bukan setakat B40 tetapi pembahagian kek ekonomi negara secara adil mengikut kaum dalam negara Malaysia. Bukankah kaum pribumi melebihi 70%? Putra ingin mengingatkan kepada kepimpinan Petronas dan kerajaan Madani pimpinan PMX, iaitu HAK KEISTIMEWAAN MELAYU dalam Perlembagaan wajib diambil kira dan jangan sekadar beretorik mengenai fasal 153 dan agenda membantu bumiputra. Jangan jadi gendang kosong dan terus memperdayakan orang Melayu dan kaum pribumi.

2. Kesan Ekonomi: Putra menuntut Petronas mempertimbangkan kesan keputusan dan dasar mereka terhadap ekonomi tempatan, khususnya perniagaan yang dimiliki dan dioperasikan oleh komuniti Melayu, dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi bumiputra. Amat memalukan isu Petronas timbul selepas Kongres Ekonomi Bumiputra baru saja berlangsung. Semuanya seperti wayang untuk buai orang Melayu.

3. Isu Regulasi dan Dasar: Putra menyeru Petronas untuk berdialog dengan semua pihak berkepentingan untuk menyelesaikan sebarang ketidaksepakatan mengenai keputusan regulasi atau dasar yang mempengaruhi persekitaran perniagaan.

4. Penglibatan Komuniti: Putra menggesa Petronas untuk meningkatkan penglibatan mereka dengan komuniti setempat dan menyokong perniagaan milik Malaysia melalui inisiatif dan program pembangunan komuniti.

Parti Putra berdiri teguh di belakang DPMM dan akan terus memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua perniagaan Bumiputera di Malaysia.

PUTRA PERKASA NEGARA

Oleh: Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia