๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ก ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ก
1. Suka saya merujuk kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil yang memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat Malaysia yang bakal dilaksanakan menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) adalah selamat, seperti laporan Bernama kelmarin, 27 November 2023.
2. Perlu diingati bahawa YB Fahmi tidak akan menongkat langit memegang jawatan Menteri buat selama-lamanya. Sedangkan, setelah pelaksanaan IDN, rakyat akan berhadapan risiko pencerobohan privasi peribadi sepangjang hayat. Oleh itu, Saudara Fahmi tidak sepatutnya bertakabbur dengan membuat jaminan sedemikian.
3. Tiga tahun yang lalu (Disember 2020), Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat. Namun, pada 23 Februari 2023, Fahmi Fadzil sendiri telah menyebut dalam Dewan Rakyat, bahawa โDipercayai sejumlah besar data peribadi telah dimuat turunโ. Apakah maknanya jaminan yang diberi oleh Menteri Kanan Keselamatan, dan Menteri Komunikasi dan Digital itu?
4. Dalam kenyataan yang sama kelmarin, YB Fahmi telah memberi contoh beberapa buah negara lain, termasuk Singapura yang telah melaksanakan aplikasi IDN. Persekitaran dan kesiapsediaan Singapura dalam kepenggunaan IT / Aplikasi digital adalah jauh lebih mantap dari kita. Di Malaysia, masih banyak kawasan bukan sahaja pendalaman, malah dalam kawasan bandar pun tidak mendapat liputan internet dengan baik. Singapura adalah negara bandar yang sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa status bandaraya pintar. Tiada sebuah bandaraya di negara kita yang menerima pengiktirafan sedemikian. Melainkan syiok sendiri sahaja !
5. Adalah lebih baik YB Fahmi, Kementerian Komunikasi dan Digital, dan agensi lain yang berkaitan selesaikan dahulu kes-kes jenayah siber termasuk โScammingโ yang hari demi hari menjelma dan berleluasa dalam masyarakat kita. Setiap tahun mangsa-mangsa jenayah siber menanggung kerugian terkumpul berjuta-juta Ringgit.
6. Saya tidak bermaksud menentang sebarang pemodenan dalam pentadbiran. Tetapi dalam hal berkaitan keselamatan, kemaslahatan dan privasi peribadi rakyat, Kerajaan hendaklah lebih berhati-hati, teliti dan cermat membuat kajian mendalam sebelum melaksakan program-program โin the uncharted waterโ.
7. PMX bercakap soal tatakelola dan pentadbiran yang telus berdegar-degar macam langit nak runtuh. Tapi rupanya budaya yang sama dengan budaya Pengurusan Kerajaan Malaysia sebelum ini. Lain cakap lain buat. Belum dikaji dengan teliti, dibincang dan diperhalusi, balik dari Sidang Apex Amerika terus umum projek Digital IDN akan dilaksanakan dengan segera. Amboi lajunya. Sabarlah sikit. Macam dunia nak kiamat.
8. Kebiasaannya, apabila hendak dilaksanakan projek maka diumum semua kajian akan dibuat, semua sudut baik dan rakyat juga mendapat faedah. Berbuih air liur dari mulut yang buat pengumuman dan jaminan. Bila dilaksanakan, timbul macam-macam penyelewengan, kerugian dan tuduh-menuduh. Tidak perlu disenaraikan projek-projek yang bersusun banyaknya yang telah menimbulkan masalah. Ada yang terpaksa bail out, tambah peruntukan dan macam-macam lagi. Nak muntah kalau disenaraikan.
9. Pemimpin Madani ini pun sebelum PRU15 janji ‘Bulan dan Bintang’. Itulah janjinya. Memalukan. Habuk pun tak ada. MAKA, JANJI KERAJAAN MADANI INI KONONNYA ASPEK KESELAMATAN DAN PRIVASI RAKYAT TERJAMIN, CAKAP BOLEH PERCAYA JANGAN, BERDASARKAN REKOD SEBELUM INI.
10. Oleh itu, PUTRA sekali lagi mendesak Pelaksanaan Digital IDN ditangguhkan dahulu dan kajian menyeluruh dari semua aspek dijalankan terlebih dahulu.
PUTRA PERKASA NEGARA
Terima Kasih.
Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti Putra
28hb November 2023