๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ง๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐ฃ๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐ข๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐จ๐ฃ
1. Rakyat dan Negara kini sedang menghadapi krisis makanan dan kos sara hidup yang makin kritikal. Walaupun berbagai pengumuman sama ada dasar baru mahu pun tindakan-tindakan yang telah dibuat, namun belum ada kesan-kesan yang benar-benar positif selain retorik politik. Ianya umpama masuk angin keluar asap, ayam berkokok hari tak siang. Program RAHMAH hanya setegok air yang tidak membantu menyelesaikan perkara pokok mengenai krisis makanan dan kos sara hidup.
2. Krisis ini dikaitkan dengan kejatuhan nilai Ringgit kerana kos import turut meningkat. Bolelah bagi berbagai alasan sekadar mencari helah namun sebagai Pemimpin Kerajaan terutama PM dan anggota Kabinet kena bertanggungjawab menyelesaikan krisis ini tanpa memberi sebab dan berbagai helah. Belum berkuasa dan mendapat mandat rakyat, pandai pula bercakap dan memberi berbagai janji. Jika terus gagal, letak sahajalah jawatan, terutama Menteri Pertanian yang jelas tidak ada pengalaman dan gagal kecuali kaki pidato lawak dulu kini dan mungkin selamanya. Dulu benci rasuah tapi sekarang membela perasuah. Bila Pemimpin tidak ada integriti dan jujur pada rakyat, maka natijahnya rakyat menjadi mangsa.
3. Bila krisis kekurangan barang makanan melanda, negeri-negeri Pantai Barat yang kebanyakannya urban dan padat telah terjejas teruk.
4. Persoalannya, mengapa tiada yang bercakap atau mahu jadi jaguh bagi meningkatkan pertanian dalam mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat?
5. Pastinya, soal pertanian ini memerlukan kerjasama dan koordinasi antara Persekutuan dan Negeri, soal yang mencabar kemampuan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan produksi atau keberhasilan tani, bukan setakat memberi subsidi atau bertindak untuk mengatasi masalah bekalan kepada para peniaga sahaja.
6. Sebab itu, soal kekurangan bekalan telur masih diperkatakan. Kini masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga beras pula diperkatakan. Apatah lagi soal harga makanan di restoran, gerai dan foodtruks yang pastinya juga meningkat dan hangat diperkatakan!
7. Misalnya, tinjauan kami pada 12 September 2023 ke kedai Speedmart di Presint 8, Putrajaya mendapati beras tempatan tidak ada, cuma beras import dalam bungkusan kecil yang mahal harganya.
8. Rata-rata ramai penjawat awam peringkat B40 mengeluh kerana kos makan yang telah meningkat. Misalya, mengambil contoh harga minuman asas, secawan teh O di Restoran Nasi Kandar RM2.70, di Q Bistro RM2.80, di restoran IOI City Mall RM4.80. Sudah ada yang bertukar kepada minum air suam kosong sahaja, itu pun kena bayar RM0.50 atau letak ais RM1.00. Bayangkan kalau mereka ada dua atau tiga anak!
9. Oleh itu, mengapa permasalahan ini bukan topik utama untuk dibincang dan diselesaikan oleh pihak kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri terlibat? Misalnya, meluluskan permohonan tanah TOL dengan segera kepada petani atau pengusaha berkelompok yang berminat untuk mengeluarkan makanan gantian seperti ubi kayu, keledek, keladi, pisang, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, itik, telur, ikan keli, udang dan lainnya. Usaha untuk menanam padi secara terapung di tasik-tasik terbiar juga harus difikirkan. Jika hasil dan bekalan pertanian meningkat, pastinya harga barang makanan asas akan turun, membuatkan rakyat merasa lega, gembira dan benar-benar Madani atau Menari.
10. Dalam hal ini, semua orang tahu bahawa keutamaan hidup adalah untuk mendapatkan bekalan makanan, tempat tinggal, dan kesihatan. Ketiga-tiga perkara ini semuanya melibatkan produk sektor pertanian.
11. Semua orang juga tahu bahawa orang akan bangun memberontak jika bekalan asas makanan sukar diperolehi dan harganya diluar kemampuan untuk dibeli.
12. Oleh itu, masanya sudah tiba untuk mendengar apa kata YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Kerajaan-Kerajaan Negeri, tidak kira PH atau PN, Perpaduan atau Pembangkang,
bagi menghadapi dan mengatasi krisis makanan dan kos sara hidup yang memuncak ini!Lebih baik segera di adakan KONGRES KOS SARA HIDUP RAKYAT ATAU KONGRES JANJI KOSONG. Buat kongres pun bukan untuk menyejuk hati rakyat atau untuk menarik orang melayu bagi mendapat sokongan politik tetapi selepas itu masuk angin keluar asap. Bila tiba perlaksanaannya mengambil masa yang lama dan berlaku ketirisan. Bila gagal salahkan melayu atau rakyat.
PUTRA PERKASA NEGARA
PERJUANGAN BERSIH DAN BERMORAL
Oleh:
Datoโ Asmawar Samat
Naib Presiden PUTRA
merangkap Pengerusi Membasmi Kemiskinan, Pertanian dan Aduan Awam
14/09/2023