WIRA PUTRA SELAR P.RAMASAMY JANGAN MAIN SENTIMEN PERKAUMAN
KENYATAAN MEDIA
Oleh: Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia
- Menjadi satu fenomena baru di Malaysia apabila tayangan Filem Mat Kilau jadi tarikan oleh kaum majoriti Melayu dan Islam. Tapi terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan Filem ini untuk mendapatkan perhatian lebih teruk lagi apabila mula memainkan api perkauman.
- Terbaru kenyataan P. Ramasamy iaitu pemimpin Parti DAP cuba mengolah berdasarkan sudut pandangnya yang jelas menunjuk penafian terhadap Wira Melayu iaitu Mat Kilau yang memperjuang semangat Nasionalisme Melayu terhadap Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu. Agenda mereka dari dahulu sentiasa cuba memanipulasi sejarah dan menolak ketuanan Melayu di Malaysia. Mat Kilau adalah salah satu simbolik yang mampu membangkitkan semula semangat Nasionalisme orang Melayu dan dia mengetahuinya. Oleh sebab itu dia cuba mengalihkan pandangan dengan mengatakan Mat Kilau itu pemimpin petani.
- P. Ramasamy mungkin buta sejarah atau tidak pernah membuka buku Sulalatus Salatin tulisan Tun Seri Lanang iaitu penulisan sejak tahun 1123 hijrah apatah lagi menghayati Sejarah kepimpinan Melayu di tanah tempat dia mencari nafkah hari ini. Orang Melayu bukan bangsa yang menjadi hamba dan sejarah yang ditulis melalui hikayat itu cukup menggambarkan alam Melayu sejak awal lagi sudah mempunyai penduduk yang berorganisasi, maju dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pertanian, perniagaan dan lain-lain lagi. Ditambah pula dengan penerapan syariah Islam di dalam kaedah politik dan pentadbirannya membuatkan semua pedagang asing bertumpu untuk berurus niaga di Tanah Melayu dengan mengikut undang-undang yang digunakan oleh kerajaan Melayu Islam.
- Filem ini secara terang-terangan telah menerapkan segala nilai dan gambaran sebenar kepimpinan Tanah Melayu dari akar umbi hingga ke pembesar dengan akhlak mulia, ilmu agama yang tinggi dan juga sifat strategis. Persoalannya di mana yang di kata Ramasamy yang menggambarkan Mat Kilau nasionalis berfikiran sempit? Adakah kerana kemahiran orang-orang Melayu itu adalah dengan memanfaatkan sumber alamnya itu membuatkan beliau katakan Mat Kilau pemimpin petani? Atau kenyataan ini sengaja untuk mengalih perhatian dari tajuk sebenar untuk menyebar api perkauman tentang pertikaian watak askar berketurunan Sikh yang di bawa British dari India?
- Mat Kilau adalah Wira Rakyat yang datang dari golongan kebanyakan yang mahu mempertahankan bukan sahaja hasil yang di cukai atau diambil sesuka hati semasa penjajahan British, tetapi demi menjaga kepentingan sistem politik dan pentadbiran orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang di calar dengan sistem kolonial yang langsung tidak sama dengan fahaman reformasi atau revolusi di bawa British seperti disebut oleh Ramasamy.
- Wira PUTRA berpesan kepada Ramasamy janganlah gentar dengan sejarah dan main sentimen perkauman tetapi berbanggalah kerana anda dapat duduk makan semeja, bekerja bersama dan mencari rezeki dengan aman di Persekutuan Tanah Melayu ini. Filem ini mungkin sekadar sebahagian perkara yang boleh membakar jiwa rakyat supaya tidak hilang jati diri bernegara dan nilai Patriotisme dikala Malaysia mula goyah oleh kerana perebutan kuasa, rasuah, salah guna kuasa dan kejatuhan ekonomi.
Sekian.